Tuesday, October 05, 2010

Online Grocery Shopping: Apa tu?

Pernah tak kita terfikir yang hidup kita makin dimudahkan dengan bantuan teknologi? Handphone di cipta utk komunikasi dan boleh di bawa ke mana2..kemudian wujud pulak Short Messaging System (SMS) untuk memudahkan perhubungan selain panggilan yang biasa. Email wujud menggantikan surat-surat bertulis seperti biasa. Malah teknologi computer dan internet juga. Saya yakin ada antara kita yang biasa membeli barangan seperti pakaian secara talian. Dan saya yakin ada antara kita yang biasa mendengar tentang membeli barang dapur secara talian.

Ini lah yang saya cuba ceritakan disini. Dengan penyelidikan selama 7 tahun, sebuah syarikat di Ibu Kota menyediakan platform untuk pengguna membeli barangan dapur dan keperluan pejabat secara online. Dengan tag line “Online Grocery, On-Time Delivery, Doorstep Retails Sdn Bhd merupakan antara pembekal terawal memulakan perkhidmatan pembelian barang-barang runcit dan keperluan pejabat secara online. Ini bermakna, mereka menyediakan perkhidmatan untuk keperluan seisi rumah di bawah kategori Consumer, mereka juga menyediakan perkhidmatan ini untuk pejabat di bawah kategori Corporate Customer.

Dengan produk melebihi 3000 jenis dari barangan yang berkualiti dan berjenama seperti Nestle, Premier, Kleenex, Protex to name a few saya pasti kita dengan mudah untuk membeli-belah tanpa perlu memandu kereta dan mencari parking. Saya sendiri frust bila ketika hendak membeli belah dan dengan azabnya cuba mencari tempat letak kereta. Classic case for me is Carrefour Wangsa Maju terutama hujung minggu atau di musim perayaan. Apa yang kita perlukan ialah sebuah computer dengan talian internet dan mula melayari laman web mereka di sini. Dan yang paling penting, kita punyai pilihan untuk membayar menggunakan kad kredit atau pun membayar semasa penghantaran. Jangan risau, mereka menyediakan duit baki.

Apa tunggu lagi, klik saja atau google perkataan doorstep dan alami dunia beli belah di tangan anda. Ingat, ianya mudah, cepat dan menjimatkan.