Somewhere beyond the sea, somewhere waiting for me, my lover stands on golden sands and watches the ships that go sailing..
Saturday, January 18, 2014
The Side
I am so lonely. Everytime I see a couple, this fact always eat myself from inside. Why can't I have the love from a man. What is wrong with me? My mind always tell me to accept this fate and be positive l, that my time will come and I just need to hang in there but my heart wanted a man to love me, to make me feel content. I feel broken. I am weak.
The fact that I know what to do to divert myself is actually worsen my condition. My heart is empty. I know I shouldn't let it be empty, I know that I should turn to Allah for His forgiveness and empathy..the fact that I know all these, scares me..and in the end I do nothing. I am weak.
Monday, December 30, 2013
A Story About Kedekut
PETS
But having pets also show and teach you about love, responsibility, commitment and patience.
To those who have pets, take good care of your pets. They are God's gift upon you.
Dream
Secondly, I and there is one little girl..nak balik kg. And my friends wanna go to and we have to prepare things and I get tired. And so much complaint and work need to be done.
Thirdly, remember Nazz. He found someone else already. Her name is Ezra. Flight attendant. LOL! Apa punya mimpi daaaa...
Friday, December 27, 2013
Stalker Alert!!!
Musim ini aku seronok untuk membicarakan soal cinta. Kalau nak tahu, recently ada seorang lelaki ini dalam friendlist aku. No need to named him. Let put his name as Nazz. I don't remember how we add each other, tapi his love life reallt intrigue me.
I found out he have a girlfriend few months back. Memang hot girlfriend dia. Urban. He always posted his picture with his girlfriend and show how they love each other.
Then suddenly, they broke up. And not more than 3 months I guess, he found someone else. Wow!!!!!!! Again, he confess the love to this new gf on facebook with all the love dovey kind of post. Picture, Bitsrips. And I am jealous. No no..not that kind of jealous. But envy. And i feel sweetnya. I suka orang bercinta. I tak ada cinta, the closest between me and love is jusr other people story.
But anyway, unfortunately ianya tak bertahan lama. You see, I am ashamed to admit this, but its seems that I have become his facebook stalker. LOL!!!! I have no bad intention, I just curious. He love his girlfriend dearly..but love aint his luck, perhaps.
Secretly, I hope he find someone worthy. Nothing beats than seeing people in love.
I am happy that way. Or is it I am just in denial..hahahaha..
Monday, July 11, 2011
Battle Los Angeles
I pretty much like Battle Los Angeles followed by Inception, The Social Networking, Sorcerer's Apprentice, The Tourist and Grown Ups.
I watched Battle LA like 3 times. It was really awesome movie. From a point where I like alien movie, I really love this movie very much. The stories was pretty predictable with happy ending. But the journey in the movie really was superb. The story is from a view of a Marine Squad that supposed to pick up civilians that was trapped as LAPD after alien start to invade their places.
You should watch this. Really. No lovey-dovey kisses between hero-heroin. Just purely a war movie. I wish some of them live till the end but well, casualties was something expected.
Retreat, hell!!
Tuesday, June 28, 2011
Yeay Tercapai
Kesemua filem yang aku nak nonton tinggal satu je lagi untuk di selesaikan.
Itupun dah sign up TT Transformer pada 9hb July ni. Alaaa...tak la lambat sangat. Tengah-tengah je org kata..
Yes lah!!!
Wednesday, April 06, 2011
Wishlist Movie I Want To Watch This Year 2011
2) X-Men First Class
3) Transformer: Dark Of The Moon
There you go, my top3 must watch this year. Of course there are a lot of movies that I wish to watch, but these 3 is a must. My top priority. Tak sabarnya.
Suatu Senja
Redbull Street Race
So, overall its ok walau panas. Sampai cik Anon kata saya gelap sikit dah..eleh!..ekekekeke..
Agak Lama, Rusty Dan Berkulat
Tuesday, October 05, 2010
Online Grocery Shopping: Apa tu?
Pernah tak kita terfikir yang hidup kita makin dimudahkan dengan bantuan teknologi? Handphone di cipta utk komunikasi dan boleh di bawa ke mana2..kemudian wujud pulak Short Messaging System (SMS) untuk memudahkan perhubungan selain panggilan yang biasa. Email wujud menggantikan surat-surat bertulis seperti biasa. Malah teknologi computer dan internet juga. Saya yakin ada antara kita yang biasa membeli barangan seperti pakaian secara talian. Dan saya yakin ada antara kita yang biasa mendengar tentang membeli barang dapur secara talian.
Ini lah yang saya cuba ceritakan disini. Dengan penyelidikan selama 7 tahun, sebuah syarikat di Ibu Kota menyediakan platform untuk pengguna membeli barangan dapur dan keperluan pejabat secara online. Dengan tag line “Online Grocery, On-Time Delivery, Doorstep Retails Sdn Bhd merupakan antara pembekal terawal memulakan perkhidmatan pembelian barang-barang runcit dan keperluan pejabat secara online. Ini bermakna, mereka menyediakan perkhidmatan untuk keperluan seisi rumah di bawah kategori Consumer, mereka juga menyediakan perkhidmatan ini untuk pejabat di bawah kategori Corporate Customer.
Dengan produk melebihi 3000 jenis dari barangan yang berkualiti dan berjenama seperti Nestle, Premier, Kleenex, Protex to name a few saya pasti kita dengan mudah untuk membeli-belah tanpa perlu memandu kereta dan mencari parking. Saya sendiri frust bila ketika hendak membeli belah dan dengan azabnya cuba mencari tempat letak kereta. Classic case for me is Carrefour Wangsa Maju terutama hujung minggu atau di musim perayaan. Apa yang kita perlukan ialah sebuah computer dengan talian internet dan mula melayari laman web mereka di sini. Dan yang paling penting, kita punyai pilihan untuk membayar menggunakan kad kredit atau pun membayar semasa penghantaran. Jangan risau, mereka menyediakan duit baki.
Apa tunggu lagi, klik saja atau google perkataan doorstep dan alami dunia beli belah di tangan anda. Ingat, ianya mudah, cepat dan menjimatkan.
Thursday, July 01, 2010
MIHAS 2010
Ahad lepas, bertarikh 27 June 2010, aku dengan cik Anon(kikikiki) berdeting di MIHAS. Plan nak g awal-awal pagi, kira kul 10 dorg bukak tu terus nak serbu. Tapi kelewatan sikit kul 11 lebih baru sampai sana.
Tengah jalan-jalan nampak Ustaz ni. Dekat booth Jus Tok Guru. Permata Hijrah pun ada tau. Siap ada rawatan utk resdung lagi. Simplysiti pun ada, Sendayu Tinggi ada. Hah, Shahir pun ada duk nyanyi kat CIMB Islamic punya booth.
Yang Rock Salt tu Cik Anon beli. Harga RM3. Murah. Terus beli. Yang dua botol tu percuma. Tah ada berapa botol tah si Cik Anon rembat..ekekekeke..Aku dapat rendang 3 botol, soto 2 botol. Tapi dah bagi budak ofis aku satu botol soto. Dia dah masak. Sedap katanya.
Nampak tak tu. Aku beli nugget ayamas. Sebenarnya aku nak paper bag dia je..wakakakaka...Pastu aku ada beli daging dekat MeatWorks. MW ni ada restaurant dengan Mont Kiara. Alaa...dalam Jalan-jalan Cari Makan tu.
Aku rasa dalam kul 4 jugak la kitorg balik. Penat. Sakit kaki. Tapi tak jumpa lak sesiapa yang di kenali. Yang penting mmg best gila, syok gila. Carik parking je lah sakit sikit tapi Cik Anon punya strategi mendapatkan parking..ekekeke..Friday, June 18, 2010
BERBASIKAL DI BUKIT CHERAKAH LAGIIII

Aku bangun seawal 6.30 pagi. Kami berjanji utk berjumpa selepas tol batu 3 jam 9 pagi.
Jam 8pg, beliau menalifon aku. Beliau otw mengambil rakannya. Tak lama kemudian, aku pun mulakan perjalanan. Tak pernah penat aku melihat cermin. Rasa kalau boleh nak sumbat cermin besar tu dalam kereta. Sbb aku rasa sangat feel good tentang diri sendiri. I feel new.
Aku sampai di tol batu 3, sekitar jam 8.50pg. Namun aku tak kenal sebarang kenderaan menunggu di situ. Aku sms beliau mengatakan aku dah sampai. Tak lama kemudian, beliau tiba dengan rakan barunya itu. Aku jd agak canggung sedikit bila kami bertiga di dalam kereta. Aku tatau nak ckp apa, aku hanya mengadap FB di dalam mobile ku. Nasib baik tak lama kemudian rakan-rakan lain tiba. Fuh! Lega I ni nyah! Aku tersenyum lebar saat menerima pujian tentang rupa baru aku. Penerimaan adalah baik. Terima kasih rakan-rakan.
Kami konvoi 5 buah kereta ke sana. Sampai je di sana ramainya manusia. Masuk ajer, basikal habis. Yilek. Senarai menunggu ke 23. Haa kau! Tapi kami bernasib baik sebab ada sebuah lagi kedai basikal di sebelah yang tak banyak menunggu. Sementara menunggu basikal, kami bersarapan di situ dulu. Seriusly baby, aku rasa tak seorg pun tahu apa yang bermain di fikiran aku..aku cuba bersahaja. Aku simpan kemas segala perasaan aku.
Seorg rakan menumpang aku pulang ke Jalan Ipoh. Seronok dengar cerita beliau tentang BF barunya. Im happy for her. Semasa dalam perjalanan, HP aku berbunyi. Mungkin ada sms masuk. Tapi aku hanya melihat sms itu selepas menghantar rakan itu pulang. Aku tersenyum dan menghelakan nafas. Aku tak pasti apa yang aku harus ucapkan.
Fikiran aku bercelaru. Sesampai di rumah aku tak dapat tidur, aku tunggu balasan sms dari beliau. Hanya ketika malam sahaja beliau sms. Dan panggilan telefon sampai ke larut malam. Dan bersambung dengan sms lagi. The rest will not update..hahahaha
Benarkah salahku, lepaskan kamu
Kau duga egoku, fahami diriku begini
Tiada yang sama
Yang pasti kita semua bebeza
Kau fikirlah
Chorus
Tiada guna cipta sebuah cerita
Kalau kisah kita sementara
Rasa hati dan langkahmu
Membuat aku keliru
Tiada guna kita menderita
Sungguh semua tidur pun tak lena
Rasa hati dan katamu
Tak lagi seperti dulu
Kita pernah satu, aku dan kamu
Dulu itu dulu, masih di dalam ingatanku
Kini berbeza
Namun masih ku harap kau bersedia
Oo mungkinkah, kau temu bahagia
Lepaskan semua mimpimu
Tangis dan juga sayumu
Kau fikirlah
Tiada guna cipta sebuah cerita
Kalau kisah kita sementara
Rasa hati dan langkahmu
Membuat ku keliru
Tiada guna kita menderita,
Sungguh semua tidur pun tak lena,
Rasa hati dan katamu
Tak lagi seperti dulu
Sungguh semua tidur pun tak lena
Rasa hati dan katamu
Tak lagi seperti dulu
Aku keliru
Aku keliru
Thursday, June 10, 2010
HIDUP ITU APA YANG KITA JADIKAN
Yang kejam adalah kita sendiri. Kita yang bina kehidupan kita. Tapi kita tak salahkan diri sendiri bila sesuatu terjadi. Kita kata hidup ini kejam. Ewahh!
Tu je aku nak update..ekekeke..Sebenarnya aku tatau nak tulis apa. Tapi aku mcm nak update. Tunggu la sebulan dua lagi.
Friday, June 04, 2010
Kini hanya tinggal kenangan, kau abadi dalam hatiku.
++++
2-3 menjak ni aku berada di dalam kedudukan emosi yang kurang baik. Tapi aku redha dan pasrah dengan apa yang terjadi. Yang baik, aku simpan. Yang tak baik, aku cuba lupakan. Kalau yang indah hanya sementara, biarlah ianya menjadi kenangan yang terbaik.
++++
Aktiviti aku hanya biasa. Aku lebih suka berada di rumah dan mengelamun melayan perasaan. Aku terpaksa tidur awal, dan bangun lambat.
++++
Harusnya takkan ku biarkan engkau pergi, membuatku terpurut rasa ingin mati, hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku...Isk tak baik la sampai mintak utk mati walau setan ni memang suka menghasut pemikiran manusia. Setan is bad.
++++
Aku ada keinginan yang best. Nak main ATV. Tu pun lepas aku tgk blog seseorg ni. Memang ada perancangan nak main. Nak kumpul kulit siput dulu.
Thursday, May 13, 2010
IANYA SEOLAH-OLAH BENAR-BENAR BERLAKU
Saya tak pasti nak berkongsi mimpi ini. Tapi mimpi ini menyeramkan. Dan kerap bermain di minda saya, apakah maksudnya? Dua malam lepas, saya tidur seperti biasa. Ada dua set mimpi. Set pertama; saya seolah-olah bermimpi di dalam mimpi. Saya tak pasti bagaimana tapi saya bermimpi ada satu kawasan berair paras dada. Saya nampak sesusuk tubuh yang memakai kemeja custom made berwarna merah biru.Tapi yang saya nampak hanya sampai ke leher. Mungkin saya menyelam ketika ini. Tetiba saya mimpi susuk tubuh yang saya nampak itu ikut saya. Bila saya sampai di tebing, dia pegang saya. Tangannya cacat. Rupa dia menakutkan. Saya menahan ketakutan dan cuba memejamkan mata, dan seketika saya rasa badan saya digoncang. Rupanya saya bermimpi, saya menjerit ketakutan dalam mimpi. Saya beritahu seseorg yang saya rasa saya tahu mana nak cari mayat lelaki itu. Saya tunjukkan tempatnya. Susuk tubuh lelaki yang saya nampak dalam mimpi saya itu cuba memberitahu di mana dia berada supaya dia dijumpai. Kemudian saya tersedar. Jam waktu itu mungkin hampir jam 2 pagi.Set kedua mimpi saya masih berkaitan air. Tapi set kedua saya agak kabur walau saya tahu gmbarannya. Apakah maksud mimpi saya? Wallahualam. Kenapa saya kesahkan sangat mimpi ini? Sedangkan saya bukan tak pernah bermimpi. Saya terasa seolah-olah ianya benar-benar berlaku. Seolah-olah saya betul-betul ketakutan ketika mayat lelaki itu pegang saya. Seperti mana saya pernah bermimpi lemas di air. Saya ingat lagi perasaan redha dan pasrah ketika bergelumang cuba menyelamatkan diri dari lemas. Yang akhirnya saya terima ketentuanNya andai setakat itu sahaja nafas saya. Perasaan tenang masing jelas di minda saya ketika saya lepaskan kehidupan saya.
*IMAGE FROM WWW.MINIAI.COM
Friday, April 16, 2010
ADAMAYA
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah..
Eh eh jiwang pulak dia. Aku skrg ni layan aje cerita Adamaya. Walaupun ceritanya simple dan boleh agak kesudahannya, tapi perjalanan cerita ni sangat sweet. Berbunga-bunga hati saya, bila nampak kasihnya Adam pada Maya. Next week, Maya pegang tangan Adam..ye ye! Saya suka.
***
Hari ni dah masuk hari ketiga. Kosong je. Redha je lah. What to do kan. Pagi tadi dengar lagu Smile-Uncle Kraker dekat radio. Tersenyum tapi jiwa kosong.
Thursday, April 01, 2010
SAYA MALU
Tapi saya tak punya peluang utk berkongsi
Saya kena marah kaw-kaw
Kena kutuk dekat public
Saya malu, saya nangis
Tapi saya diam, saya takut nak cakap
Saya pendam dalam hati
Saya bodoh.
Saya sedih. Nak nangis tapi kat pejabat. Saya malu.
Hari tu dah kena marah depan kawan-kawan. Saya malu.
Ni kena lagi. Saya bertambah malu.
Saya tak mau jumpa kawan-kawan.
Saya malu. Saya malu.
Saya sedih. Tapi tak boleh ckp sape-sape.
Monday, March 29, 2010
GUNUNG NUANG AGAIN!


4 tahun lepas, aku pernah mendaki Gunung Nuang. Kali ini dalam bulan yang sama 4 tahun lepas, aku mendaki Nuang sekali lagi. Petikan seorg kawan aku sahut di akhir cerita. Sebab tidak yakin akan kemampuan diri. Paru-paru aku pastinya kekurangan fungsi kerana meeeroooo-koooo-k. Tapi tetiba seru itu datang, lalu aku bagitahu cik Anon, utk mengikut sama. Kelainannya kali ini ialah kami balik hari. Mencabar bukan. Bacalah cabaran sebenarnya.
Pada tanggal 27 Mac, jam 5.30pg, telefon aku berdering. Aku lihat jam. Hah? Dah 5.30? Kenapa alarm tak bunyi. Aku sms cik Anon mengatakan aku dah bangun, terus aku ke dapur masak nasik dan aku terus mandi. Selesai pakai baju, aku ke dapur membuat sandwich, dapat sms dari cik Anon mengatakan beliau telah sampai. Hoh! Mampus. Aku ckp tunggu 5 minit. Masa waktu itu sekitar 6.15am. Kami berjanji dengan beberapa rakan utk bertemu di Ampang Point sebelum jam 6.30 pagi. Sampai di Ampang Point ada 4 org rakan tengah menikmati minuman pagi. Nampak bersemangat mereka. Aku tak order apa2 tapi makan mee goreng yang di sediakan seorg rakan. Oh ya, aku kena gelak pasal pakai lipstik merah..ngee. Aku kata, nak matching dengan baju yang kaler merah..hihi.
Setelah dua lagi rakan sampai, kami terus gerak utk bertemu 3 lagi sahabat yang menunggu dipertengahan jalan. Masa kat sini, mentekedarah sandwich pulak. Sampai di kawasan parking, bergambar dulu. Aku tak pasti jam berapa kami mulakan pendakian sebabnya, aku tak pakai jam. Rimas. Awal perjalanan semuanya ok. Tapi beberapa kali jugak berhenti. Speed memang slow gila. Ada satu masa mata aku hampir gelap, nak pitam la tuh. Tapi nasib baik ok. Alhamdulillah cik Anon ada aje bersama aku. Di kuarkannya baju dia utk kipas aku. Terima kasih. 
Sepanjang perjalanan di laluan bertar sikit tu, kami banyak jugak dengar bunyi macam-macam. Macam rimau pun ada. Tapi aku rasa tu bunyi pokok buluh bersentuhan sesama mereka. Lebih penting, aku tak fikirkan yang pelik-pelik. Ada perubahan infrastruktur pada Nuang, kerana sepanjang perjalanan kami berjumpa 3 wakaf dan ada perumahan org asli. Lebih canggih, sampai dekat air terjun pertama itu, ada tandas beb. Dah lain. Bagus.
Dari air terjun ke empangan lama, tak mencabar sangat. Kira ok lah. Sampai ke Kem Lolo, semua masih ok walau kaki dah mula sakit-sakit. Perjalanan dari Kem Lolo ke Kem Pacat, haaa...ini yang sangat mencabar gila vavi. Aku give up. Aku give up sedangkan perjalanan ke Kem Pacat hanya 15 minit je lagi dari tempat aku give up. Masa turun sangat mencabar. Kaki dah menggeletar. Bila kedengaran bunyi air terjun, gembiranya.
Tapi kami hanya bertiga yang turun. 8 org lagi meneruskan perjalanan ke Kem Pacat. Semasa menunggu mereka di Kem Lolo, aku risau menanti. Bila Cik Anon tiba bersama 3 rakan, aku gembira dan terus mengajak beliau makan nasik dan selepas itu apa lagi terus kecebur dalam air yang sejuk gila. Pergh enaknya sambal ikan bilis dengan sardin.
Jam 5.30ptg kami mulakan perjalanan turun tanpa menukar pakaian. Basah pun basah la. Perjalanan turun terasa panjang. Kaki dah semakin sakit. Hati ini hanya berserah kepada Allah, semoga di beri kekuatan. Itu sajalah bekalannya. Hari semakin gelap, nasib baik Cik Anon bawak torchlight. Kadang-kadang cahaya bulan menerangi perjalanan. Azan Maghrib kedengaran tapi perjalanan masih jauh. Hanya aku dengan Cik Anon di belakang sekali. Bunyi binatang tak pernah surut. Risau di hati Allah saja yang tahu. Tetapi bila nampak cahaya, hati berbunga riang. Sudah sampai. Kami touch down jam 8.05malam.
Tapi sampai di sana berita kurang enak di dengar. Seorg rakan terkena sesuatu. Tapi alhamdulillah, beliau pulih dan makan nasik dengan telur dadar kosong.







