Showing posts with label MARI MEMASAK. Show all posts
Showing posts with label MARI MEMASAK. Show all posts

Thursday, July 23, 2009

Blueberry Muffin Simple Ajor


Sudah menjd kebiasaan bagi aku utk membaking sesuatu menjelang hujung minggu. Selalu Jumaat malam menjadi pilihan. Tapi malam ni, disebabkan bahan sudah ada dan cukup, aku terus membuatnya. Resepi simple ni aku perolehi dari sebuat website berbahasa inggeris. Bahan-bahan yg di gunakan sedikit dan simple. Pakai sukatan cawan pulak tu. Ai tak gemar sukatan gm pasal aku takder penimbang. So, selalu tak tepat.

Bahan-bahan:
1/4 cawan minyak
1 bijik telur
1/2 cawan gula castor
1/2 cawan susu segar
1 1/2 cawan tepung
2 sudu kecik baking powder
1/2 sudu kecik garam
Blueberry filling *kalau ikut resepi asal dia guna fresh blueberry.

Cara-cara:
1) Panaskan oven 175 darjah. (ikut resepi dia tulis 400 darjah..darjah F kot bukan C)
2) Pukul telur sampai berbuih, masukkan minyak dan susu, pukul sebati.
3) Campurkan semua bahan kering dan gaul rata. Masukkan sebatian cecair dan kacau rata.
4) Masukkan dalam cawan kertas dan buh blueberry filling kat atas. Kalau buh fresh blueberry, campur dalam adunan akhir.
5) Bakar hingga masak selama 20-30 minit.

Memang sedap. Resepi ni boleh buat sikit aje, dlm 11 ketul muffin size medium. Kalau nak banyak kena double atau triple kan la..Aku dah bedal 5 ketul, simpan 6 ketul nak bawak g opis esok. Pastu utk cik Anon kesayangan, esok saya buat lain naaa..


Friday, March 27, 2009

CHEESE BREAD PUDDING

Kasi nama kut org puteh mcm menarik sikit..ekekekek..Hari tu aku ada kasi resepi kan. Pastu cik Cuke ada tanya kot2 ada gamba, nah kali ini ku beri mu gamba.

Sebelum. Saya letak alumunium foil sbg alas supaya senang nak kuarkan.

Selepas
Jadi itulah hasilnya buatan saya. Saya jamin ianya sedap sehingga menjilat bekas.

Friday, February 20, 2009

WEEKEND DEAL

Kadang-kadang kita macam tak tahu nak buat apa hujung minggu kan. Haa..apa kata kita main masak-masak. Tapi masak yg betul-betul punya. Bukan macam main pondok-pondok (betul betul betul).

One main requirement. Anda kena ada oven (oven oven oven). Hah..ni nak bagi resepi sedap dan simple ni. Budget tak sampai RM15. Tajuk resepi ialah PUDING ROTI BERKEJU. Resepi ni aku jumpa kat internet. Google punya google lalu jumpa dekat zakiahz fotopages. Senang aje buatnya (emm, betul betul betul). Ini resepinya.

PUDING ROTI BERKEJU
250gm cream cheese
Setengah cwn gula perang
1 biji telur
2-3 titik esen vanilla

10 keping roti
2 cawan susu segar

Choc chip atau kismis utk hiasan.

Cara-cara:
  • Susun roti dalam loyang. Tuangkan susu. Biarkan 15 minit.

  • Pukul cream cheese dengan gula perang hingga gebu.(Nak manis skit, aku buh lebih gula).

  • Masukkan telur ke dalam adunan cheese dah sebati, buh la esen vanilla

  • Tuang adunan ke atas roti tadi. Hiaskan dengan choc chips dan bakar pada 180C antara 30-40 minit atau sehingga masak


  • P.S gamba yilek..ekekkekee. Tapi di jamin sedap.