Showing posts with label CNY 2009. Show all posts
Showing posts with label CNY 2009. Show all posts

Tuesday, February 03, 2009

PULANG KE KG MENYAMBUT TAHUN BARU CINA

Cuti yang panjang aku isikan dengan pulang ke kg. Aku tidak berseorangan. Berteman. Memandu berjam2 lamanya bersama teman yg senget seronok juga. Tapi yg agak kemalasan bila time teman itu memandu, beliau mahu makan nangka. Terpaksa aku buang bijik nangka sebelum beri pada teman. Tapi time aku memandu, disuapkan kepada aku ns goreng buatan sendiri. Tak sangka sedap nasi goreng pucat aku tu. 



Dan lebih tak sangka, aku memandu lama jugak sebelum hand over kepada si teman itu. Tapi tak mengapa, aku suka memandu. Jalan pulang mcm biasa agak sesak di Bentong dan Raub serta beberapa tempat yg kurang diingati dah...

Di Raub, kami dapat goodie bag dari JKJR. Ku sangka kami kena tahan sebab speeding. Rupanya kami antara yg bertuah. Isinya, limau mandarin, gula2, sticker doa kenderaan(si teman beritahu kalau letak sticker ni jangan nak maen dalam kereta lak..hahahah), sticker JKJR, brochure dan air mineral. 

Oh ya, di Karak, kami bertembung dengan konvoi volkwagon. Tatau la mereka mahu ke mana. Tapi mungkin membawa misi SELAMATKAN GAZA seperti yg tertampal pada kereta mereka.

Rasa tak puas berada di kg. Tapi takpe, nnti kalau ada cuti lagi, aku akan pulang ke kg halaman lagi.