
Sabtu lepas, bersamaan dgn 8/11/08 bersama beberapa rakan-rakan kami menyertai paintball yg bertempat di Rimba Harmonis, Gombak.





Terima kasih di ucapkan kepala sedari Redthorne kerana membantu saya mencari Taman Harmonis. Kalau ikut MRR2 masuk Sri Gombak lg senang sayangku, sebab stret je. Senang nak carik sebenarnya.


Rimba Harmonis ni totally mcm dalam hutan. So takder la nampak bunker yg colorful tu kan. Nak masuk ke sana pun kemain becak. Sementelah musim hujan kan. Masa parking tu I was asking myself, where the hell is this Rimba Harmonis sbb tak nampak entrance dia. Cuma nampak space parking. Then nasib baik, ada beberapa rakan tetiba muncul. Scary jugak nak turun. Boleh tergolek ke bawah.
Aku sebenarnya dah kelewatan, tapi nasib baik mereka belum mula. Secara amnya, 11 vs 11. Tak penah dibuat kata owner situ. Tapi apa2 pun fun gila. Cuma masuk sesi kelima ramai dah pancit. Seronok dan ianya berbaloi walapun kena tembak sekali. Biru. Wuhuu..



Not to worry kalau terkena pallet nya sbb dia water base jadi mmg hilang la kalau basuh.
Game start kul 3. Berakhir almost 6 tak silap. Salute la kat management Rimba Harmonis sebab masa azan dia suh kitorg stop..
I have to make confession, aku tertembak hampir mengenai Pemerhati UN kat atas menara. Almost terkena kamera aku lak tu. Phew..sib baik beliau sempat mengelak..ekekekeke..