Thursday, May 13, 2010

IANYA SEOLAH-OLAH BENAR-BENAR BERLAKU

Saya tak pasti nak berkongsi mimpi ini. Tapi mimpi ini menyeramkan. Dan kerap bermain di minda saya, apakah maksudnya? Dua malam lepas, saya tidur seperti biasa. Ada dua set mimpi. Set pertama; saya seolah-olah bermimpi di dalam mimpi. Saya tak pasti bagaimana tapi saya bermimpi ada satu kawasan berair paras dada. Saya nampak sesusuk tubuh yang memakai kemeja custom made berwarna merah biru.Tapi yang saya nampak hanya sampai ke leher. Mungkin saya menyelam ketika ini. Tetiba saya mimpi susuk tubuh yang saya nampak itu ikut saya. Bila saya sampai di tebing, dia pegang saya. Tangannya cacat. Rupa dia menakutkan. Saya menahan ketakutan dan cuba memejamkan mata, dan seketika saya rasa badan saya digoncang. Rupanya saya bermimpi, saya menjerit ketakutan dalam mimpi. Saya beritahu seseorg yang saya rasa saya tahu mana nak cari mayat lelaki itu. Saya tunjukkan tempatnya. Susuk tubuh lelaki yang saya nampak dalam mimpi saya itu cuba memberitahu di mana dia berada supaya dia dijumpai. Kemudian saya tersedar. Jam waktu itu mungkin hampir jam 2 pagi.

Saya pun sambung tidur.

Set kedua mimpi saya masih berkaitan air. Tapi set kedua saya agak kabur walau saya tahu gmbarannya. Apakah maksud mimpi saya? Wallahualam. Kenapa saya kesahkan sangat mimpi ini? Sedangkan saya bukan tak pernah bermimpi. Saya terasa seolah-olah ianya benar-benar berlaku. Seolah-olah saya betul-betul ketakutan ketika mayat lelaki itu pegang saya. Seperti mana saya pernah bermimpi lemas di air. Saya ingat lagi perasaan redha dan pasrah ketika bergelumang cuba menyelamatkan diri dari lemas. Yang akhirnya saya terima ketentuanNya andai setakat itu sahaja nafas saya. Perasaan tenang masing jelas di minda saya ketika saya lepaskan kehidupan saya.

*IMAGE FROM WWW.MINIAI.COM