Showing posts with label AHAD. Show all posts
Showing posts with label AHAD. Show all posts

Monday, January 12, 2009

BERGEMBIRA DI BUKIT CERAKAH




Semalam, tanpa di rancang..walaupun rasa kemalasan, cik anon bawak aku ke Bukit Cerakah. Setelah dipersetujui bersama, kami pun menyewa basikal kerna menaiki bas adalah tidak fun dan bersesak-sesak yg mana aku tidak gemar.

Seronok jugak setelah sekian lama tidak mengayuh basikal. Jalan berbukit agak memenatkan akan tetapi sangat fun semasa menuruni bukit. Sangat kagum melihat attire mereka yg bermain paintball di sana, very hardcore. Disoal sedikit, katanya starter pack dia rm75. Tak tanya pulak pellet dia ada berapa.
Tak ada lah apa sangat yg nak di lihat di sana. Tgk kuda, arnab, guinea pig(rasa nak beli sekor je..lagipun rindu lak nak carik pengganti Tomat), landak..emm..burung..semuanya tak menarik. Yg menariknya berbasikal. Penat tak usah cakap la. Penat bergambar pun iya juga.


Masuk rumah empat musim. Katanya musim sejuk. Suhu -2 hingga -7. Sejuk tak hengat. Rasa beku kulit muka. Rasa mcm berada dalam big freezer.


Rantai basikal aku 2 kali jatuh. Masa memula jatuh, siot cik Anon tinggalkan aku kat belakang. Aku betulkan sendiri. Kali kedua Cik Anon betulkan. Terima kasih cik Anon. Pastu kami berenti makan beger. Kenyang lak. Pastu pulang. Waduh penat deh.


Rasa mcm kena sampuk lak. Sebab malam td mimpi hantu..huhu..