Thursday, July 01, 2010

MIHAS 2010



Ahad lepas, bertarikh 27 June 2010, aku dengan cik Anon(kikikiki) berdeting di MIHAS. Plan nak g awal-awal pagi, kira kul 10 dorg bukak tu terus nak serbu. Tapi kelewatan sikit kul 11 lebih baru sampai sana.


Memula sekali kena register dulu. Kalau tak, tak boleh masuk. Nehi. Dapat sticker di atas tu. Pastu dapat goodie bag. Ada kipas, ada satu sachet green tea, ada perencah rendang dari Sime Darby dan holder.


Ada beratus-ratus booth yang boleh di kunjungi. Tapi aku yakin jumlahnya sampai 1000 lebih kot. Memang ada pelbagai jenis makanan yang boleh kita cuba. Dari goreng-gorengan, daging-dagingan, ais krim, biskut, kuah kari, kuih2 tradisional, karipap, keropok, mee segera kepada pelbagai jenis minuman sejuk atau panas. Dan yang paling utama, dapat rasa minuman yang di katakan beer halal itu..ekekeke.. Aku try 3 jenis minuman berperisa yang di katakan beer halal ni; strawberry, lemon(mcm joli shandy dorg kata) dan nenas. Booth yang pelbagai sampai ikan pekasam pun ada di jual dek non. Di booth Pakistan, kami dapat merasa nasik beriani yang lazat. Beras basmathinya, pergh..sedap..


Yang aku kagum ada produk Jepun, miracle water namanya. Tujuannya ialah meremajakan kulit. Kagum tapi takder live demo. Harganya pun boleh tahan mahal.


Tengah jalan-jalan nampak Ustaz ni. Dekat booth Jus Tok Guru. Permata Hijrah pun ada tau. Siap ada rawatan utk resdung lagi. Simplysiti pun ada, Sendayu Tinggi ada. Hah, Shahir pun ada duk nyanyi kat CIMB Islamic punya booth.
Yang Rock Salt tu Cik Anon beli. Harga RM3. Murah. Terus beli. Yang dua botol tu percuma. Tah ada berapa botol tah si Cik Anon rembat..ekekekeke..Aku dapat rendang 3 botol, soto 2 botol. Tapi dah bagi budak ofis aku satu botol soto. Dia dah masak. Sedap katanya.


Nampak tak tu. Aku beli nugget ayamas. Sebenarnya aku nak paper bag dia je..wakakakaka...Pastu aku ada beli daging dekat MeatWorks. MW ni ada restaurant dengan Mont Kiara. Alaa...dalam Jalan-jalan Cari Makan tu.
Aku rasa dalam kul 4 jugak la kitorg balik. Penat. Sakit kaki. Tapi tak jumpa lak sesiapa yang di kenali. Yang penting mmg best gila, syok gila. Carik parking je lah sakit sikit tapi Cik Anon punya strategi mendapatkan parking..ekekeke..
Tahun depan kalau ada lagi, kita datang lagi yer Cik Anon.