Tuesday, November 04, 2008

LAPORAN TRAFIK


Ramai tak dari kalangan kita yg menggunakan radio sebagai sumber informasi utk laporan kesesakan. Station (ejaan melayu camana????? Blank u) radio mana pilihan anda. Era, Sinar, Mix, Hitz mempunyai laporan trafik yg sangat sama cuma yg berbeza bahasa sahaja. Manakala hot fm ada pertambahan atau pengurangan dari segi informasinya.

Di sini saya mempunyai satu cadangan kalau anda menginginkan laporan trafik yg lebih masyuk. Mungkin anda sudah menjadi pendengar setia stesen (betulkan ejaan BM nya sebegini) radio yg bakal saya sebutkan, tapi bagi yg belum saya cadangkan berbuat demikian serta merta kerana info yg diberi memang bagus, terkini dan merangkumi hampir kesemua jalan-jalan di lembah kelang ini.

Stesen radio tersebut ialah KL FM..kehkehkeh..(mesti ada yg ckp, lahai I dah lama la dgr KL FM, takpe...yg mana dah lama bagus la. Yang baru2 nak dgr, boleh la praktis dengar). Anda boleh dengarkan KL FM di frekuensi 97.2o.


Laporannya memang bagus. Dan seolah2 semua org di KL ni dengar KL FM. Kalau petang2 boleh dgr rancangan dorg Kenangan Lalu Kuala Lumpur. Semalam je dapat dengar lagu 4U2C tajuk I MISS U (oo..oo I miss u..kembali padaku..bagai waktu dulu..oo..oo I miss u..).


Dorg dapat info melalui SAHABAT KL FM. Info yg di hantar melalui SMS oleh org awam dan jugak info dari apa nama tah beliau itu..memang terkini. Jadi apa tunggu lagi, jom kita dengar stesen radio Kerajaan pulak..

4 comments:

Anonymous said...

setuju komen isis laporan trafik sekarang hanya sekadar iklan je..kosong..tapi isis try 93.60,lagi masyuk,info kampus itm,laluan dan pak guard..UFM

Isis said...

What so special about Radio ITM?

Anonymous said...

isis tau..ada laporan dari pak guard dan laluan sibuk masuk kampus..radio guna gelombang pendek dipancar dari menara uitm,sangat jelas..walaupun jauh...peeeweeeiiiit

Isis said...

laaa..takat laluan sibuk kat kampus uitm dan area shah alam je buat apa..eden tak lalu shah alam..ekekekek