Friday, December 12, 2008

MAAF TERLAMBAT

Selamat hari raya Aidil Adha ku ucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat samada yg TELAH pulang ke kg atau hanya beraya di Kuala Lumpur.

Sabtu lepas aku pulang ke kg utk beraya. Aku bertolak dengan abg ipar aku around 3.30, stgh jam sebelum kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Sampai kg kul 10.30 pagi. Tengok2 jugak kalau ada banjir. Kalau ada pun air tak tinggi mana..takat buku lali je. Cuaca pun hujan je. Matahari tak nampak langsung.

Hari Ahad, aku dengan Ma ke Pekan Pasir Puteh. Mau membeli beberapa barang keperluan. Macam biasa la..ikan patin menjadi santapan kami. Yang paling syok, hari Selasa, aku bakar ikan patin dalam daun pisang. Sedapnya lahai. Tambah2 bila ada tetesan lelemak gugur menghentam arang. Carcinogen sungguh.

Isnin, raya. Tengah hari kami buat makan2 sket sbb abg ipar participate dalam pengorbanan lembu. Yang paling aku tak sabar sbb kami dpt kaki lembu. Buat sup gearbox tentu sedap. Tak sabar kau.

Jadinya, hari Selasa..Ma pun buat la sup gearbox tu. Isi bukannya ada sangat. Yang paling syok sedut lemak. Tapi aku takut jugak nak makan lebih2, karang terasa muak. Takpun mula terasa lemak makin menebal pulak melekat pada kulit aku..kehkehkeh..(mula la terasa mau diet). Aku intai2 peti ais, ada lagi blueberry dgn cream cheese. Jadi aku pun membuat Tart Blueberry Bercheese yg aku cedok dari fotopages Hanieliza. Masa memula buat(hari sabtu), Amir (anak sepupu aku) kata sedap walau rupa tak semenggah..hehehe..

Rabu, lepas zohor..aku pun bertolak ke KL semula dgn sepupu aku. Kali ni aku tdo sekali je. Tu pun tak lama. Lepas tu aku dah tak tdo2 dah sampai la ke KL. Selamat sampai ke kl jam 9.30 malam.

Begitu lah cerita percutian saya. Raya cina ni nak balik nak drive sendiri.

No comments: