Monday, January 12, 2009

BERGEMBIRA DI BUKIT CERAKAH




Semalam, tanpa di rancang..walaupun rasa kemalasan, cik anon bawak aku ke Bukit Cerakah. Setelah dipersetujui bersama, kami pun menyewa basikal kerna menaiki bas adalah tidak fun dan bersesak-sesak yg mana aku tidak gemar.

Seronok jugak setelah sekian lama tidak mengayuh basikal. Jalan berbukit agak memenatkan akan tetapi sangat fun semasa menuruni bukit. Sangat kagum melihat attire mereka yg bermain paintball di sana, very hardcore. Disoal sedikit, katanya starter pack dia rm75. Tak tanya pulak pellet dia ada berapa.
Tak ada lah apa sangat yg nak di lihat di sana. Tgk kuda, arnab, guinea pig(rasa nak beli sekor je..lagipun rindu lak nak carik pengganti Tomat), landak..emm..burung..semuanya tak menarik. Yg menariknya berbasikal. Penat tak usah cakap la. Penat bergambar pun iya juga.


Masuk rumah empat musim. Katanya musim sejuk. Suhu -2 hingga -7. Sejuk tak hengat. Rasa beku kulit muka. Rasa mcm berada dalam big freezer.


Rantai basikal aku 2 kali jatuh. Masa memula jatuh, siot cik Anon tinggalkan aku kat belakang. Aku betulkan sendiri. Kali kedua Cik Anon betulkan. Terima kasih cik Anon. Pastu kami berenti makan beger. Kenyang lak. Pastu pulang. Waduh penat deh.


Rasa mcm kena sampuk lak. Sebab malam td mimpi hantu..huhu..




13 comments:

Anonymous said...

thanks isis..

saya akan kenang selalu..
u r great!

Isis said...

no..im greatest..
jom makan kek..

Anonymous said...

Bape hengget sewa basikal tu?

Alaaa... aku pun nak pindah dah ni, tak sempat nak gi sana pun. Uhukkk

Isis said...

Ekekeke...zeno, nnti ko dtg la Shah Alam. Rasanya tak la sejauh nak mai KL kan dari Sabak Bernam. Sewa basikal 3 hengget sejam, subsequent hour, RM1 per hour. Masuk umah 4 musim pun 3 hengget, entrance depan pun 3 hengget. Depa ni suka 3 hengget la.

Mcm la pindah Senegal...kikiki

Dari Jari Seorang Tepung said...

kring... kringg.... kringg.... eskrem.. eskrem...
mat cool, mat cool, kawanku.. mari kita beli, mat cool...

Anonymous said...

Oh... dulu time kecik2 aku gi Bukit Cerakah best

Ada sawah padi, taman herba dll

Sekarang ada lagi ke?

Isis said...

Tepung, ko pehal?
Kang aku g beli aiskrim kang..haa...

Zeno, ada lagi sawah padi.
Taman herba aku tak pasti lak..

Anonymous said...

taman herba pon ada lagi..tapi aritu kita ikut jalan lain sis..kalo g taman herba pasti putus rantai basikal!!

Isis said...

lagi atas eh taman herba cik anon?
dah penat dah masa tu..lagipun ada apa kat taman herba..

Anonymous said...

hehehe...
jalan ke taman herba ikut kiri,
kita ikut kanan tu..
tapi bukit dia curam..sunyi tapi cantik tempat tu..kalo bawak awek baru kenal uitm bes la memadu asmara,takde orang lalu..kat situ ada macam2 pokok,kayu manis,cengkih dan pelbagai..
nanti kita g lagi eh..
bersenam-senam..

Isis said...

boleh kutip tak kayu manis tu, bunga cengkih suma tu?

Anonymous said...

boleh...kayu manis tu kopek je kulit dia..cengkih tu berterabur kat bawah pokok..

Isis said...

cik anon ni mencarot je..