Thursday, February 26, 2009

APA HAL SEMALAM

Semalam ada TT. Tapi jauh di Sunway. Malas lak nak ke sana sebab jauh, hari kerja pulak tu. Aku memang berat hati sikit nak keluar mana-mana kalau hari kerja. Tambahan pulak sekarang, rasa mcm duk di asrama memandangkan Pakcik-pakcik tu kunci grill depan kul 11mlm. Dulu kul 12. Skrg kul 11 wa cakap lu. Tak payah cakap la sakit hati. Bukan tak boleh masuk langsung lepas kul 11mlm tapi nak kena lalu depan dorg la. Kalau aku lalu depan dorg, aku buat muka berkerut dengan kata lain "dont you dare ask me anything". Aku jalan pun memang tak pandang kiri kanan.

So semalam, aku masak nasik goreng ayam. Simple sangat. Tapi to my suprise, sedap! Bukan nak puji sebab aku masak, tapi memang sedap. Kira tak malu la nak hidang kat org lain. Ayam pun sedap. Semua sedap lah. Rasa mcm boleh meniaga dah..ahahahaha...Ni hasilnya nasi goreng aku malam td. Mesti cik Anon jeles. Tapi saya lagi jeles sebab cik Anon dapat makan Chiken Chop black pepper kat Sunway tu.



Nasi goreng tu saya cuma tumbuk bawang merah, bawang putih dengan cili api. Pastu letak sos cili sikit dengan kicap. Letak telur dengan kacang buncis yg di potong tak berapa nipis..ekekekeke.. ayam lak, saya lumurkan dengan bawang merah, bawang putih, cili padi dan halia tumbuk serta kunyit sikit dan sos tiram. Sedap gila.

Hehe...bagi org yg tak berapa terer masak mcm aku, agak kebanggaan jugak la dapat masak dan sedap..dan aku tanpa segan silu dapat makan dengan jayanya.
Next week aku citer kat korg menjadi ke tak aku buat masak lemak daging pekasam. Daging pekasam tu aku buat sendiri tau. Sebab tu tatau menjadi ke tak..

4 comments:

Aidahs said...

aku sejak mak dok sekali ni.. takde kesempatan nak masak.. and everytime aku nak masak dia buat muka.. and makes me rasa cam.. takyah masak lah.. but then.. tak lama lagi kalo gini laki aku akan carik dapor lain la gamaknya.. kak seri siantan.. apa perlu saya buat? ekekeekekekee

Isis said...

Hahhahaa...jap aku gelak dulu tang ayat akhir ko tu..kohkohkoh...

Aidah,
Memang keinginan sang suami untuk menikmati masakan isterinya sebab cth suami cik Aidah. Suami Cik Aidah berkawen dengan cik Aidah bukan dengan ibu cik Aidah, jd dia tentunya mahu cik Aidah yang masak sekali sekali pun tak per.

Bagi mak cik Aidah pulak, bagi tahu beliau awal yg cik Aidah nak masak. Jadi Mak duk rehat je tengok2 kat Upie. Hal ini boleh berlaku di hujung minggu. Satu perkara di ingatkan, cik Aidah jangan pulak bangun lambat. Ekekekeke...

Anonymous said...

sis..
very surprise that steak so delicious..and cheap (i though) because ninja were pay my bill..
so memang jealous sesangat u sms me about ur fried rice.
i really cant imagine ur fried rice look like and of course pucat like before u did..
and this morning i took 10 minute tgk2 kaler dia..memberahikan..
so next time u cook for me same kaler,same taste huh..

Isis said...

Cik Anon,

I took ur advice..that is why no pucat2..