Monday, March 30, 2009

ABOUT KNOWING


Last Saturday me and cik anon pegi menonton cerita Knowing. Aku cuma tahu cerita ni konon watak utama dapat tahu pasal future. I dont concentrate much on the visual of the story. But I know, Nicholas Cage must be awesome movie. Classified as PG13 but I saw 4 year old boy inside the cinema. Haih!!!!!

Start in 1969(kalau tak silap aku la..ekekekek) sebuah sekolah rendah ni tanam lukisan on what u think the future will look like ke dalam time capsul utk dibuka 50 years later. This kid named Lucinda gave the idea of time capsul, and she didnt draw the future, but she wrote the future in numbers.

After 50 years, Caleb who go to the same school during ceremony for time capsul, receive what Lucinda wrote on the paper. Instead of gave back to school, dia bawak balik. His father, played by Nicholas Cage is ahli astro fizik. Dia pun tgk number2, bila dia selidik, rupanya2 nombor2 itu ialah tarikh dan jumlah kematian only later dia tahu ada number utk koordinat tempat kejadian.

Cerita ni kalau terpesong sikit pemikiran kita boleh terpesong akidah. Huhu. Seram aku. They potray Ezekial, the heaven and doomsday. Semua atas muka bumi hancur lebur tiada yg selamat. Its not the best story but its sure make me insaf..sekejap..ekekekeke..

Saturday, March 28, 2009

OIAM 27-3-09

Semalam aku jatuh cinta dengan Tomok. This kid is really brilliant. Tak sangka beliau ini mcm. Ye lah, zaman New Boyz dulu org gambarkan mereka as untalented kid, dengan muzik yg too meleleh and suara sengau. But now Tomok really change. He got the talent and music creativity. Masa memula dia masuk OIAM ni org ckp macam2, kutuk macam2, but he's prooving that he deserved to be there and received immunity for the second time. Second time I tell u. He was brave enough to sing Syafinaz's song.

Then about guest judge. Kali ini OIAM sangat peka dengan guest judge nampaknya. Sebab Fransissca Peter punya komen kali ini boleh di harap. Boleh di dengar. Boleh di percayai. No suck up punya komen. Nampak la Fran ni berfikir sikit dan bukan buat keje sambil lewa. Good!

Kali ni FIFY terkeluar. Huhu..aku masa depa kata Nine dengan Aweera antara terendah, aku ckp alamak, ni mesti Nine keluar ni. Sekali Fify. Skrg tinggal 2 je lagi peserta wanita. I think starting next week lelaki pulak disingkirkan. Bermula dengan Simon or Rizu. But I love to see Aweera go. Sebab dia tak up to the competition langsung, cakap pun lemau je. Come on, since he stay, do something creative. Maybe buat lagu slow jd rock ke..Org skrg walaupun still minat rock kapak, tapi that was the time in their lives, but being in that years again, i dont think its a good idea.

I must say, Esther did well to. Like it. See, that is creative. Yang lain2 tak nak komen la..Nine emm..dia mcm tu je la..ekekekek..

Friday, March 27, 2009

CHEESE BREAD PUDDING

Kasi nama kut org puteh mcm menarik sikit..ekekekek..Hari tu aku ada kasi resepi kan. Pastu cik Cuke ada tanya kot2 ada gamba, nah kali ini ku beri mu gamba.

Sebelum. Saya letak alumunium foil sbg alas supaya senang nak kuarkan.

Selepas
Jadi itulah hasilnya buatan saya. Saya jamin ianya sedap sehingga menjilat bekas.

SPA Q DAH HABIS

Akhirnya berakhir la semalam kesah Spa-Q. Aku pun dah tak perlu terkejar2 balik umah tekan pedal minyak rapat-rapat sebab nak tgk kat tv. Online tak sama dengan tv..

Kesimpulannya, Qistina kawen dengan anak ikan dia tu. Ni aku tak puas hati. Dah gaya omputeh bagai dah. Sib baik acara potong kek je. Kan ke bagus kalau dorg buat majlis akad nikah. Lagi cantik. Tambah2 mcm clash pulak suasana tu sebab ada yg pakai baju melayu ada yg pakai baju nampak lurah dendam. Contrast. Nak kata omputeh, bukan, nak kata melayu pun bukan. Takder identiti. Ewahhh!!!!!!! Sedap je aku ckp.

Aku pastu ada Spa Q 3. Sebab mesti org nak tahu apa jd pada Zafrul lepas Marlia melahirkan anak since Marlia kata dia terima Zafrul sebab dia pregnant. Then Dafi, mesti sesuatu since Julia pun mengandung kan. Huhu. Datin Sofiera lak, samada dia kena hukum atau terlepas atas masalah teknikal. And Norell, dia mcm bukak Modelling Agency kan.

Apa2 pun dah habis..yeay!!!!!! Malam ni OIAM lak. Pastu esok jangan lupa tutup lampu.

Thursday, March 26, 2009



Saje nak tunjuk dua gamba ni. Satu pelangi waktu pagi. Dah nak ilang dah tu..sempat gak aku snap sambil bawak keta nak g keje..
Satu lagi tu gamba apa tatau. Mungkin pelangi. Tapi yg pasti pembiasan cahaya. Cahaya yg nampak cuma merah dan kuning. Masa ni kat Shah Alam baru lepas tgk Rempit Vs Impak Maksima dekat Stadium Shah Alam. Fuyoo..drift babe..

SIAPA PINTAR

Ni nak tanya..sape pintar sila jawab soalan ini dan bantu aku menyelesaikannya. Kalau korg perasan atau tak perasan meh aku bitau, aku kan asyik ler tukar template kan kan..nak tahu ngape..recent comment aku tak kuar. Masa memula letak cantik la dia kuar comments tu..pastu tak kuar. So aku pun tukar template lain, cantik je memula kuar. Pastu eh tak kuar jugak. Kali ni kalau tak kuar jugak aku pasrah..akakakaka..

So kepada si pintar, sila beritahu saya, kenapa recent comment saya ni degil nak keluar???

Saturday, March 21, 2009

OIAM 20-3-09

The next voted out Anith. Sudah di duga Anith akan menjadi antara yg terawal di keluarkan.

Temanya ialah Opposite Attracts. Maknanya, yg lelaki nyanyi lagu perempuan, yang perempuan nyanyi lagu lelaki. Dimulai dengan Tomok. Betul, aku sendiri tak rasa apa yg dia nyanyikan. Dan mcm tak bersemangat je.

Amelia punya song very nice. Aku suka dia punya rentak. Tapi ada kekurangan. Tatau tang mana. Maybe dia punya connection kot. Susah kan nak jd penghibur ni.

Rizu ni mcm main-main je performance dia. Tak serius. Elok la kalau minggu depan dia keluar..Simon pun. Simon bukan tak leh nyanyi tapi week by week lebih kurang sama je. Mcm tu jugak je. Dah la aura kurang. Fify ni, emm..aku selalu tak concentrate time dia nyanyi. Emm, tetiba rasa mcm Fify ada iras2 H...ekekekeke..anak buah katanya. Lagu Tiada Lagi yg Aweera nyanyi seriusly takde effect sangat sebab Amy Search penah nyanyi lagu tu. So tiada yg surprisenya.

Nakal pulak Nine malam td. Hahahaha..tapi lawak sebenarnya tgk time dia main gitar sambil nyanyi bibir dekat dengan mic dan mendongak ke atas..ekekekekek..

Esther memang deserve the Immunity. Her performance really wow and aku tgk sampai habis. Tak mau tukar cenel walaupun nak tgk Gerak Khas pasal gay tu. Superb babe.

Ting!!!! Lets talk about the Guess Judge. Sorg lagi juri jemputan yg suck up contestants. Ada few comments yg dibuat over sikit. Aku harap peserta tak la ghairah sangat dengan pujian yg di beri juri jemputan. Aku nak tunggu Adibah Nor, Lah Ahmad atau Ajai sebagai Juri Jemputan. Nangis tu kalau dpt Ajai. Hahahaha..

Tuesday, March 17, 2009

HOHOI APSAL KAMU

Ni nak complain sikit. Penat dah mikio ni. Ni pehal aku punya Blooming tu tak updated. Setahu aku Wentworth Miller dah update. Apa ke hei nya tak update blog list tu. Dah la lif rosak. Naik tingkat 5 nak pengsan rasanya..kohkoh.

Penat nih. Minum air jap.

Monday, March 16, 2009

PLEO A REAL LIFE DINO


Have you ever heard about it?
Mcm biasa semasa bersiap nak ke tempat kerja, aku pasti akan on TV dan menonton MHI. Masa aku on aku nampak robot Dino ni. This robot is really-really cool. Ok check this out; this robot is a pet which wont die, can upgrade, have emotions, playfull, eat and sleep and respond to your voice, can be guarded pet and have voices. How cool is that.
Masa tgk dlm MHI tu, Ally Iskandar tgh membelai2 Dino ni and like a cat dia punya respond. Pastu Ally put it to sleep and its sleep. Tepuk-tepuk dia baru bangun. Amazing kan. Dalam hati, aku nak satu aku nak satu. For more infos, korg boleh masuk website PLEO.
Ni beliau tgk sedih. Cute tak..

Ok, so come the price. How much u might ask. Dont be surprise. Its RM1699. Pensonic currently working with some credit company yg boleh tawarkan installment. Maybe one day, i will get this one.

Saturday, March 14, 2009

OIAM 13-Mar-09

Melompat kegirangan aku bila Tomok menang imuniti. Eh aku suka Tomok ke? Tak!!!! Aku suka performance dia dan kegigihan dia menjauhi sejarah lama New Boyz.

Aku rasa nak boo kat Aweera tapi tak sampai hati. Tapi kalau aku boo pun beliau bukan dengar kan kan..aku kat umah bukan dekat Sri Pentas. Tapi memang sadis gila la Aweera malam td. Awal2 dah slack pastu takde energy langsung. Mcm tak bersedia je dia ni sebenarnya, mcm di awang-awangan dengan imuniti last week. Boo!!!!

Eh lupa nak bilang..Pija dah out. Kesian? Tak jugak..sebab boring tgk dia. Nothing new.

Apart punya Tomok, aku suka persembahan Rizu semalam(except for his funny memek muka). Arrangement lagu Flop Poppy tu jadi menarik dan fresh. Nine mcm biasa la...teruk ke ok ke tetap aku suka.

Ahah! Mcm biasa time Esther nyanyi aku tukar Channel tgk Gerak Khas kesah Gay. Eh sempat ke? Tak kesah la janji aku tukar cenel time tu..Ko bayangkan Lando jadi Gay.

Nak komen pasal juri boleh. Nasib baik la Fauzi Marzuki juri jemputan. Kalau juri tetap aku rasa tension nak dengar komen dia. Tapi perasan tak juri jemputan ni sumanya jenis puji2 aje. Penat aku. Mcm tak ikhlas. "Saya suka kamu" hek!

Pssttt aku suka baju Shafinaz malam td. Cantik.

Friday, March 13, 2009

SEKITAR KAWEN LAILY

Baru sampai terus masuk bilik pengantin. Sambil ngutuk2 pengantin. Eh mana ada kutuk. Kagum tengok bulu mata dia panjang...ekekekek..nampak tak hadiah kaler biru tu. Haaa..yg tu aku punya. Maksud aku dari aku untuk mereka..ekekekek

Take ketiga ni pengantin berpuas hati. Sib baik. Tak sanggup nak posing lagi. Lapau.
Tu dia, pengantin laki dah sampai. Cepat amik gamba cik Anon. Cik Anon pun ke depan amik gamba sampai gamba telinga pengantin pun dia amik. Motif???
Hohoiiii manisnya si dia ini!!!

Ala..org main kompang dah habis..padan muka..ekekekeke

Ini dia pengantin kita. Ada ular belit leher ke Puan? Takder pung!!! Tapi esok-esok ular lain kot yg belit..kohkohkoh

Saya yg mcm gajah, Syazwan, Laili, Amy, Farisha dan Kak Yang. Tatau nak tengok kamera mana time ni. Hohoiii kdg2 jd juling bijik mata.

Pengantin makan, kami pun amik gamba.

Ala tomeinya Farisha. Cute. Tgh panas pun jadilah. Walhal ni masing-masing muka berpeluh dan berminyak.

Tengah tunggu turn nak amik gamba dengan pengantin. Motif gamba purba? Tak nak bagi nampak minyak-minyak kat muka..ekekekekek..

Cik Anon, Syazwan, Laili, Saya yg tak nampak gemuk sebab kena cover dek pengantin dan Amy. Risau takut runtuh pelamin tu sebab ramai-ramai, err maksud saya sebab saya. Saya seperti 15 org.

Dah kenyang, goodie bag dah dapat, salam pengantin pun dah, amik gamba pun dah, time to go home. Time ni mengantuk tak hengat. "Hang p mana pasni?" "Petronas" Muka Amy tercengang. "Ngantuk, nak tdo tepi jalan."

La la la..tak jauh dah keta..

Eh nak balik nampak keta Syazwan..ekekekeke..


Sekian kesah ke rumah Pengantin di Tanjung Karang.

Thursday, March 12, 2009

SAWAN PENGANTIN

Aku terpaksa letak gamba ini sebab cik anon kata gamba ini lawo..kohkoh

Nak di jdkan cerita, Ahad lepas kami pun pegi la ke kenduri laili. Makan-makan, borak-borak dengan Amy dengan Kak Yang. Ho hoii lama tak jumpa. Masih mcm dulu cuma ukuran badan sket la berbeda.(Sikit ko cakap????????)

Gambar nanti aku upload lain. Banyak gamba. Tapi yg aku nak citer ni pasal Sawan Pengantin. Aku ke sana dengan Cik Anon la kan. Tapi pulang dari sana cik Anon mengadu tak sedap badan. Makin lama makin teruk. Plan kami nak berdating sambil makan-makan (aku masak) esoknya cancel sebab beliau demam. Sakit satu badan. Habis sendi-sendi sakit. Aku duk ingat dia kena denggi. Lalu aku membebel, minum air suam (Saya tak minum la air suam. Lempang kang!!!!!!!!) pastu aku suh dia minum 100 plus.

So semalam, cik Anon cakap maybe dia kena Sawan Pengantin. 45 kali aku tanya dia Sawan Pengantin?????? Jeng jeng jeng. Apa kebenda tu. Katanya petua org tua2, kalau nak hilangkan sawan pengantin ni, kena mandi air rendam baju pengantin. Takpun, sapu bedak pengantin. Kenapa jd mcm tu yer pengantin-pengantin sekelian. Ada hantu ke? Hah sebut pasal hantu, yg aku jd muskel tu bila cik Anon kata dia mimpi hantu, hantu nak dtg kat dia, dia meracau bagai. Aku pun ckp la dia kena sampuk. Hoh!


Lely pulak cakap misteri jugak sebab skrg kan musim hujan. Tapi ahad tu punya la panas tak hengat. Esoknya dari kul 4 pg sampai ke malam hujan tak henti2. Tapi yg ni aku tak der la rasa pape sangat, cuma yg misteri pada aku ialah apa itu SAWAN PENGANTIN. Misteri Nusantara cuba merungkai persoalan ini dalam episod akan datang..kikikiki..

Saturday, March 07, 2009

OIAM 6/3/09

Jadinya Han menjadi org kedua terkeluar dari OIAM musim ini. Frust sikit sebab dia nampak mcm agak bagus jugak la.

Jangan tak tahu, Aweera dapat immuniti. I was like OMG. OMG!!!!! Tak sesuai tak sesuai. Baik bagi kat Tomok je. He was ok jugak what. Imagine Tomok nyanyi lagu Beyonce, Crazy In Love tu..hoh..aku tatau nak ckp apa..but he was impressive. Aweera tu entah la.

Tapi apa2 pun I heart Nine. Hihi. Selamba, messy hair, simple and creative. His Gf must be proud gila dengan beliau.

Though org kata Esther good, Paul pun puji gila but sadly i change my channel while she was singing. Tengok Alien vs Predator kat TV3. At times, even Alien and Predator both ugly, but Esther just not into me.

I skip few performances, Rizu, Esther, Anith, Fify and Pija. So, my guess Anith or Fify or Simon akan keluar next week. Huhu!!!!!!!

Thursday, March 05, 2009

RAIN


Its true. I love rain. Im happy when its raining.
I love driving alone in the rain. No pressure on the road. Smooth riding. Happy.
I love staring at the dropping water from the sky. Trying to figure out the science behind it.
I love listening to their voices on my rooftop. Feel their breeze sweep my face.

Rain comes with blessing. And it its difficult to be described.

Wednesday, March 04, 2009

RUNAWAY BRIDESMAID


Kita biasa dengar kan runaway bride. Malah dah wujud filemnya lagi. Tapi dalam sesuatu perkahwinan, kita mungkin tak perasan kewujudan runaway bridesmaid.


Maksudnya mudah dan senang difahami. Pengapit lari. Aku nak cerita ni bukan apa, kawan aku yg baru kawen tu (lely) mintak aku jd pengapit dia. Udah lama plan ni. Aku pun teruja jugak la nak jd pengapit sebab sepanjang hidup aku, aku tak penah jd pengapit. Dulu sepupu aku mintak aku jd pengapit dia secara tak official, tapi bila kwn dia dtg emm kawan dia mcm nak menepek dgn sepupu aku. Habis aku takkan nak menepek jugak. Baik aku g makan kenyang2..hoho..

So kenduri mek ni 9hb. Ada beberapa hari lagi ni. Sexcited nak mampus aku dengan majlis beliau. Tapi bila fikir-fikir balik, kalau aku jd pengapit, camana aku nak beramah mesra dengan Amy dan Kak Yang & keluarga (anak dia dah besar ni baru nak jumpa..kohkoh..Boy sure mcm hoh tak leh imagine). Pastu camana dengan Cik Anon. Lagipun lepas kenduri aku dengan cik Anon ada plan nak g beli oven (jangan lupa cik Anon..ekekeke).

Jadi, aku pun bagitahu la mek ni tentang hasrat aku menjd runaway bridesmaid. Istilah ni mek Lely tu yang bagi dan alhamdulillah, beliau pun sudah ada pengapit baru yg tak lari punya..ekekeke..

Credit to Mek Lely utk idea Runaway Bridesmaid.
sumber gambar: Google.

KEPADA AIDAH YANG KU SAYANGI

Kepada Puan Aidah Yang Ku Sayangi,

Tujuan saya menulis di sini ialah kerana saya ingin menyampaikan beberapa perkara.

Yang pertama: Terima kasih kerana saya menginspirasikan anda untuk menjadi pemblogger tegar. Saya juga suka masuk ke blog saudari memandangkan saudari seperti Joyah(yer saudari ialah Joyah). Anda harus ingat, setiap kali saya tgk pelakon nama Yatt tu mesti saya ingat saudari.

Kedua: Saya kepingin sekali memberi komen terhadap entry saudari yg bertajuk Inspirasi itu akan tetapi yg menjadi masalah kepada saya ialah kotak POST COMMENT itu nampak 1/8 sahaja dari keseluruhan kotaknya. Sedih saya!!!!!!! Mungkin resolusi komputer saya tidak sama dengan komputer saudari, jadinya mungkin sebab itu saya tidak nampak. Jadi bagaimana saya nak bagitahu saudari yang saya bangga menjadi impak dalam kehidupan saudari.

Itu sajalah saudari. Sedih ni. Cantik template baru. So girlie. Tak mengapa saudari, saya akan memberi komen kepada entry saudari (sekiranya ada) di dalam blog saya. Sob sob!

Sekian,
Insan Yang Komputer Beresolusi Kecik.
-Isis-

Monday, March 02, 2009

TAG DARI Z.A.I.N.U.R

Mamat comel ni telah mentag aku dengan secara tak sengaja. Aku ni bukan peminat tag2 ni..Tapi dia punya mcm menarik je. Sebenaunya, dah penah nengok tag yg mcm ni tapi masa tu takde sape tag aku, kesempatan ni aku cekau la. Thanks Zainur tag aku, kalau tak kempunan aku..ekekekkeeke

Rules:
It’s harder than it looks! Copy to your own note, erase my answers, enter yours, and tag twenty people including the person who tagged you.
Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real…nothing made up! If the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any word twice and you can’t use your name for the boy/girl name question.


1. What is your name : Asmani

2. A four Letter Word : Asam (hahahah, tgh makan jambu dengan asam)

3. A boy’s Name : Adam

4. A girl’s Name : Anasuha (nama ni dulu idea arwah kakak aku utk adik aku, tapi ayah aku p ingat nama lain..hoh)

5. An occupation : Astronomer (Ingat nak jd astronomer dulu masa kecik2)

6. A color : Amber (bukan amber chia tau)

7. Something you’ll wear : ATM punya uniform..ahahahahahha...

9. A type of food : Ayam golek

10. Something found in the bathroom : Antiperspirant

11. A place : Awan (awan pun tempat apa!)

12. A reason for being late : Adui! Sakit perut..g jumpa doktor jap, tu yg lambat tu..ekekekee...

13. Something you’d shout : Assuda la..!

14. A movie title : Armageddon (sedih woi citer ni)

15. Something you drink : Air sirap

16. A musical group : Air Supply (I would rather hurt myself, than to ever make you cry, there's nothing left to say, but goodbye).

17. An animal : Ant (kihkih)

18. A street name : Alor Street (Jalan Alor)..ekekekeke

19. A type of car : Alfa Romeo

20. The title of a song : Assalamualaikum(ada kan lagu Raihan..ekekeke)

SELAMAT PENGANTIN BARU NORLAILI

Sahabatku yg manis akhirnya selamat dinikahi oleh seorg pemuda pada Sabtu lepas. Aku tak pegi majlis akad nikah cuma insya Allah tak sabar nak ke majlis sanding beliau 9hb nnti. Kalau takder aral melintang, insya Allah aku sampai yer nok..

Dengan ini, aku pun nak la ucapkan tahniah kepada hang. Selamat pengantin baru. Aku gembira. Semoga berbahagia ke akhir hayat.


Muka konpiden kena cium. Ekekekeke..



Lawa bajunya. Tang kepala tu lawa..

Aku pun tetiba tertanya, bila lak giliran aku. Entah kan kawen entah kan tidak. Pasni Amy lak kot. Aku biasa la bongsu katakan..lewat..

Tak lama lagi dapat ni lak, Tahniah Puan Laili, anda mengandung..!!!!!!! Ngee..





Sumber gamba: cilok dari blog pengantin.

MAKES ME WONDER

Aku terfikir kadang-kadang, apa tujuan sesuatu cerita di beritahu. Cthnya, Aidah(bukan nama sebenar) kata dia tak suka la Siti Nurhaliza(bukan nama sebenar) tu. Bila di tanya kenapa, jawapannya itu antara dia dengan Siti je, ko tak perlu tahu. Ramai org tak suka dia. Pastu bila di tanya lagi, apa masalah ko dengan Siti? Jawapannya tetap sama, tak perlu tahu.

Emm..soalnya di sini, kalau aku tak nak diberitahu, kenapa perlu aku tahu yg ko tak suka dia. Ianya menyeksa diri aku. Seolah, nak aku mati tapi tak nak aku mati dengan cepat..ekekekeke..(perumpamaan sahaja). Tak adil pulak aku rasa. Pada aku, kalau tak nak aku tahu, better aku tatau langsung.

Tapi apa2 pun, terpulang pada Aidah kenapa dia tak suka Siti Nurhaliza. Aidah ada alasan sendiri utk tidak memalukan Siti Nurhaliza. Dan aku, buat bodoh je la. Dan jangan masuk campur cuma sakit hati sikit la..sebab alang2 nak bagi tahu, bagitahu la semua..ekekekeke