Sudah menjd kebiasaan bagi aku utk membaking sesuatu menjelang hujung minggu. Selalu Jumaat malam menjadi pilihan. Tapi malam ni, disebabkan bahan sudah ada dan cukup, aku terus membuatnya. Resepi simple ni aku perolehi dari sebuat website berbahasa inggeris. Bahan-bahan yg di gunakan sedikit dan simple. Pakai sukatan cawan pulak tu. Ai tak gemar sukatan gm pasal aku takder penimbang. So, selalu tak tepat.
Bahan-bahan:
1/4 cawan minyak
1 bijik telur
1/2 cawan gula castor
1/2 cawan susu segar
1 1/2 cawan tepung
2 sudu kecik baking powder
1/2 sudu kecik garam
Blueberry filling *kalau ikut resepi asal dia guna fresh blueberry.
Cara-cara:
1) Panaskan oven 175 darjah. (ikut resepi dia tulis 400 darjah..darjah F kot bukan C)
2) Pukul telur sampai berbuih, masukkan minyak dan susu, pukul sebati.
3) Campurkan semua bahan kering dan gaul rata. Masukkan sebatian cecair dan kacau rata.
4) Masukkan dalam cawan kertas dan buh blueberry filling kat atas. Kalau buh fresh blueberry, campur dalam adunan akhir.
5) Bakar hingga masak selama 20-30 minit.
Memang sedap. Resepi ni boleh buat sikit aje, dlm 11 ketul muffin size medium. Kalau nak banyak kena double atau triple kan la..Aku dah bedal 5 ketul, simpan 6 ketul nak bawak g opis esok. Pastu utk cik Anon kesayangan, esok saya buat lain naaa..
9 comments:
Nakkkkkk.... nak satu saja leh tak, takut gumuk...
Satu je? Cukup ke? Kalau gemuk, boleh exercise lepas tu kak..ekekeke
wah...menguje kan......
nak try gak ler...
tp aku tgn bangku....leh jd ker.....
Aku pun tangan bangku..
buat kek mesti masa masak dia kembang masa sejuk dia menguncup..ekekeke..
kak, sedapnya blueberyy!
Kalau dapat buah aslinya mesti lagi sedap kan tasha..jom tanam blueberry..akakaka
sis, ada laghi dak? aku nak dua ketui...ekeke
HB,
Anda terlambat..hua hua hua..
isis..ne resepi kenari tu...aku tak sure nak letak kat mana...
Frambozen Kenari
* 2 cawan tepung serbaguna
* 2 biji telur, diasingkan putih dan kuning telur
* 1/2 cawan gula
* 1/4 sudu teh garam
* 3/4 cawan majerin atau mentega, dilembutkan
* 1/2 cawan badam cincang
* 1/2 cawan jem raspberi ataupun strawberi
*
* Topping
* Putih telur 2 biji
* 1/3 cawan gula halus
* 1/2 cawan hirisan badam
Directions
1. Panaskan oven pada suhu 200 darjah C. Campurkan tepung, kuning telur
2. dan 1/2 cawan gula, garam, majerin/ mentega dan 1/2 cawan badam cincang.
3. Perhatian: Doh akan keras sikit. Tekan doh pada loyang pembakar 9 x
4. 9 x 2 inci dan bakar sehingga ia kekuningan selama 15 - 20 minit.
5. Biarkan base biskut sejuk sedikit dan kemudian sapukan jam.
6. Topping
7. Pukul putih telur dengan kelajuan tinggi dalam mangkuk steel yang
8. bersih dari air dan minyak sehingga ia kental dan memekat. Masukkan 1/3 cawan gula halus sedikit demi sedikit dan pukul pada kelajuan tinggi sehingga ia likat dan kilat. Sapukan meringue (adunan putih telur) diatas jam dan taburkan dengan 1/2 cawan hirisan badam. Bakar pada suhu sederhana selama 8 - 10 minit atau lebih sehingga topping meringue menjadi kekuningan sedikit. Biarkan sejuk sedikit barulah dipotong 1 1/2 inci segi empat.
Post a Comment