Friday, June 18, 2010

BERBASIKAL DI BUKIT CHERAKAH LAGIIII


Kali ni pergi lagi ke Bukit Cherakah. Walaupun pada awalnya aku agak berbelah bahagi utk ke sana, mcm2 aku fikirkan tapi dalam masa yang sama aku tak sabar nak tunggu harinya. Aku ada perhitungan..muehheehhe.. Perancangan awal utk berjumpa seseorg di awal pagi utk sarapan bersama tidak kesampaian. Tapi aku memang dah agak perkara ini. Perkara kedua yang aku suspect berlaku juga. Aku dapat tahu malam sebelumnya. Hati aku meruntun sebenarnya. Justeru aku tak dapat tidur yang nyenyak. Aku berdebar-debar, risau dengan apa yang bakal aku tempuhi esoknya. Tapi aku fikir aku perlu bersedia dan aku hanya perlu bergembira di sana. Kalau pun keadaan terburuk berlaku, aku kena redha dan terima dengan hati terbuka. Kalau pun aku terpaksa mengayuh basikal di kejauhan, aku terima.

Aku bangun seawal 6.30 pagi. Kami berjanji utk berjumpa selepas tol batu 3 jam 9 pagi.

Jam 8pg, beliau menalifon aku. Beliau otw mengambil rakannya. Tak lama kemudian, aku pun mulakan perjalanan. Tak pernah penat aku melihat cermin. Rasa kalau boleh nak sumbat cermin besar tu dalam kereta. Sbb aku rasa sangat feel good tentang diri sendiri. I feel new.

Aku sampai di tol batu 3, sekitar jam 8.50pg. Namun aku tak kenal sebarang kenderaan menunggu di situ. Aku sms beliau mengatakan aku dah sampai. Tak lama kemudian, beliau tiba dengan rakan barunya itu. Aku jd agak canggung sedikit bila kami bertiga di dalam kereta. Aku tatau nak ckp apa, aku hanya mengadap FB di dalam mobile ku. Nasib baik tak lama kemudian rakan-rakan lain tiba. Fuh! Lega I ni nyah! Aku tersenyum lebar saat menerima pujian tentang rupa baru aku. Penerimaan adalah baik. Terima kasih rakan-rakan.

Kami konvoi 5 buah kereta ke sana. Sampai je di sana ramainya manusia. Masuk ajer, basikal habis. Yilek. Senarai menunggu ke 23. Haa kau! Tapi kami bernasib baik sebab ada sebuah lagi kedai basikal di sebelah yang tak banyak menunggu. Sementara menunggu basikal, kami bersarapan di situ dulu. Seriusly baby, aku rasa tak seorg pun tahu apa yang bermain di fikiran aku..aku cuba bersahaja. Aku simpan kemas segala perasaan aku.
Alhamduillah 10.45pg kami mulakan pengayuhan kami. Aku kurang pasti sehingga jam berapa kami mengayuh, berpeluh usah cakap. Berbau dah badan ni. Tapi aku masih steady. Sehingga ke waktu makan kami di Sup Ani Utara yang sampai hari ni aku teringin nak makan buburnya, aku masih bersemangat seandainya ada cadangan ke mana2 selepas itu. Tapi mereka buat keputusan utk pulang sekitar jam 4 ptg.

Seorg rakan menumpang aku pulang ke Jalan Ipoh. Seronok dengar cerita beliau tentang BF barunya. Im happy for her. Semasa dalam perjalanan, HP aku berbunyi. Mungkin ada sms masuk. Tapi aku hanya melihat sms itu selepas menghantar rakan itu pulang. Aku tersenyum dan menghelakan nafas. Aku tak pasti apa yang aku harus ucapkan.

Fikiran aku bercelaru. Sesampai di rumah aku tak dapat tidur, aku tunggu balasan sms dari beliau. Hanya ketika malam sahaja beliau sms. Dan panggilan telefon sampai ke larut malam. Dan bersambung dengan sms lagi. The rest will not update..hahahaha


Benarkah salahku, lepaskan kamu
Kau duga egoku, fahami diriku begini
Tiada yang sama
Yang pasti kita semua bebeza
Kau fikirlah

Chorus
Tiada guna cipta sebuah cerita
Kalau kisah kita sementara
Rasa hati dan langkahmu
Membuat aku keliru

Tiada guna kita menderita
Sungguh semua tidur pun tak lena
Rasa hati dan katamu
Tak lagi seperti dulu

Kita pernah satu, aku dan kamu
Dulu itu dulu, masih di dalam ingatanku
Kini berbeza
Namun masih ku harap kau bersedia
Oo mungkinkah, kau temu bahagia

Lepaskan semua mimpimu
Tangis dan juga sayumu
Kau fikirlah

Tiada guna cipta sebuah cerita
Kalau kisah kita sementara
Rasa hati dan langkahmu
Membuat ku keliru

Tiada guna kita menderita,
Sungguh semua tidur pun tak lena,
Rasa hati dan katamu
Tak lagi seperti dulu

Sungguh semua tidur pun tak lena
Rasa hati dan katamu
Tak lagi seperti dulu

Aku keliru
Aku keliru

Thursday, June 10, 2010

HIDUP ITU APA YANG KITA JADIKAN

Sape kata hidup ini kejam?
Yang kejam adalah kita sendiri. Kita yang bina kehidupan kita. Tapi kita tak salahkan diri sendiri bila sesuatu terjadi. Kita kata hidup ini kejam. Ewahh!

Tu je aku nak update..ekekeke..Sebenarnya aku tatau nak tulis apa. Tapi aku mcm nak update. Tunggu la sebulan dua lagi.

Friday, June 04, 2010

Sini, ke mari saya nak bercerita. Cerita tentang kau dan aku.
Kini hanya tinggal kenangan, kau abadi dalam hatiku.

++++

2-3 menjak ni aku berada di dalam kedudukan emosi yang kurang baik. Tapi aku redha dan pasrah dengan apa yang terjadi. Yang baik, aku simpan. Yang tak baik, aku cuba lupakan. Kalau yang indah hanya sementara, biarlah ianya menjadi kenangan yang terbaik.

++++

Aktiviti aku hanya biasa. Aku lebih suka berada di rumah dan mengelamun melayan perasaan. Aku terpaksa tidur awal, dan bangun lambat.

++++

Harusnya takkan ku biarkan engkau pergi, membuatku terpurut rasa ingin mati, hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku...Isk tak baik la sampai mintak utk mati walau setan ni memang suka menghasut pemikiran manusia. Setan is bad.

++++

Aku ada keinginan yang best. Nak main ATV. Tu pun lepas aku tgk blog seseorg ni. Memang ada perancangan nak main. Nak kumpul kulit siput dulu.