Monday, March 29, 2010

GUNUNG NUANG AGAIN!



4 tahun lepas, aku pernah mendaki Gunung Nuang. Kali ini dalam bulan yang sama 4 tahun lepas, aku mendaki Nuang sekali lagi. Petikan seorg kawan aku sahut di akhir cerita. Sebab tidak yakin akan kemampuan diri. Paru-paru aku pastinya kekurangan fungsi kerana meeeroooo-koooo-k. Tapi tetiba seru itu datang, lalu aku bagitahu cik Anon, utk mengikut sama. Kelainannya kali ini ialah kami balik hari. Mencabar bukan. Bacalah cabaran sebenarnya.

Pada tanggal 27 Mac, jam 5.30pg, telefon aku berdering. Aku lihat jam. Hah? Dah 5.30? Kenapa alarm tak bunyi. Aku sms cik Anon mengatakan aku dah bangun, terus aku ke dapur masak nasik dan aku terus mandi. Selesai pakai baju, aku ke dapur membuat sandwich, dapat sms dari cik Anon mengatakan beliau telah sampai. Hoh! Mampus. Aku ckp tunggu 5 minit. Masa waktu itu sekitar 6.15am. Kami berjanji dengan beberapa rakan utk bertemu di Ampang Point sebelum jam 6.30 pagi. Sampai di Ampang Point ada 4 org rakan tengah menikmati minuman pagi. Nampak bersemangat mereka. Aku tak order apa2 tapi makan mee goreng yang di sediakan seorg rakan. Oh ya, aku kena gelak pasal pakai lipstik merah..ngee. Aku kata, nak matching dengan baju yang kaler merah..hihi.

Setelah dua lagi rakan sampai, kami terus gerak utk bertemu 3 lagi sahabat yang menunggu dipertengahan jalan. Masa kat sini, mentekedarah sandwich pulak. Sampai di kawasan parking, bergambar dulu. Aku tak pasti jam berapa kami mulakan pendakian sebabnya, aku tak pakai jam. Rimas. Awal perjalanan semuanya ok. Tapi beberapa kali jugak berhenti. Speed memang slow gila. Ada satu masa mata aku hampir gelap, nak pitam la tuh. Tapi nasib baik ok. Alhamdulillah cik Anon ada aje bersama aku. Di kuarkannya baju dia utk kipas aku. Terima kasih.

Sepanjang perjalanan di laluan bertar sikit tu, kami banyak jugak dengar bunyi macam-macam. Macam rimau pun ada. Tapi aku rasa tu bunyi pokok buluh bersentuhan sesama mereka. Lebih penting, aku tak fikirkan yang pelik-pelik. Ada perubahan infrastruktur pada Nuang, kerana sepanjang perjalanan kami berjumpa 3 wakaf dan ada perumahan org asli. Lebih canggih, sampai dekat air terjun pertama itu, ada tandas beb. Dah lain. Bagus.

Dari air terjun ke empangan lama, tak mencabar sangat. Kira ok lah. Sampai ke Kem Lolo, semua masih ok walau kaki dah mula sakit-sakit. Perjalanan dari Kem Lolo ke Kem Pacat, haaa...ini yang sangat mencabar gila vavi. Aku give up. Aku give up sedangkan perjalanan ke Kem Pacat hanya 15 minit je lagi dari tempat aku give up. Masa turun sangat mencabar. Kaki dah menggeletar. Bila kedengaran bunyi air terjun, gembiranya.

Tapi kami hanya bertiga yang turun. 8 org lagi meneruskan perjalanan ke Kem Pacat. Semasa menunggu mereka di Kem Lolo, aku risau menanti. Bila Cik Anon tiba bersama 3 rakan, aku gembira dan terus mengajak beliau makan nasik dan selepas itu apa lagi terus kecebur dalam air yang sejuk gila. Pergh enaknya sambal ikan bilis dengan sardin.

Jam 5.30ptg kami mulakan perjalanan turun tanpa menukar pakaian. Basah pun basah la. Perjalanan turun terasa panjang. Kaki dah semakin sakit. Hati ini hanya berserah kepada Allah, semoga di beri kekuatan. Itu sajalah bekalannya. Hari semakin gelap, nasib baik Cik Anon bawak torchlight. Kadang-kadang cahaya bulan menerangi perjalanan. Azan Maghrib kedengaran tapi perjalanan masih jauh. Hanya aku dengan Cik Anon di belakang sekali. Bunyi binatang tak pernah surut. Risau di hati Allah saja yang tahu. Tetapi bila nampak cahaya, hati berbunga riang. Sudah sampai. Kami touch down jam 8.05malam.

Tapi sampai di sana berita kurang enak di dengar. Seorg rakan terkena sesuatu. Tapi alhamdulillah, beliau pulih dan makan nasik dengan telur dadar kosong.

10 comments:

z.a.i.n.u.r said...

4 tahun lepas pegi dengan sapa? Dengan budak2 Amnet kan?

Isis said...

yer betul! Pada bulan yang sama lak tu. Kebetulan.

cik anon said...

b..
mulanya masa dah turun tu kiota dok bincang2 tamau lagi...serik rasa..tapi tah bila dah ari selasa ni rasa macam tak puas ati lak tak dapat naik atas...next time kalau diorang anjurkan kita minta bermalam kat kem lolo..

Isis said...

Cik anon, memang dorg pun ada bincang nak tdo sana next time. Baru la boleh gain tenaga balik camni..

Kodiang said...

Teringat 4 tahun lepas cepat masa berlalu. Meriah sangat masa tu pergi beramai-ramai

Isis said...

Sape kodiang?

Kodiang said...

alahai cik isis oiiii kawan-kawan lama gak...cik isis bertambah sihat sekarang ya...dulu punya la montok body

Isis said...

Ye la Kodiang oiiii..
Sape kodiang ni..dulu2 nama apa?

Kodiang said...

Cik isis tak ingat ke kita sama-sama last sampai ke air terjun tu

Isis said...

Fazzal? Kau kah itu?