Monday, December 22, 2008

HP KU MASIH BOLEH DISELAMATKAN KOT

I will be uncontactable until further notice due to my hp got sick. Beliau belum di masukkan ke wad lagi. My office mate will ask her friend tgk boleh baiki tak hp itu. Sebab dia kata leh tukar apa tah tadi. Oh yes, my hp bila charge dia tak masuk. Rasa mcm handicap takder hp. Malam2 terasa sunyi sebab biasanya nak tdo aku belek2 hp dulu. Dah la tu, alarm clock aku bergantung sepenuhnya pada hp. Buat sementara ni, aku terpaksa merisikokan diri aku dengan menggunakan alarm jam tangan poptone tu.


p/s Tersedih seketika semalam, since i feel handicap, then call a friend of mine USING PUBLIC PHONE yg aku dah lama tak guna that buat hati aku tercalar sikit. But its ok. Aku faham situasinya. Tapi tercalar jugak hati ni. I dont expect any sorry or thanks sebab aku tak nak dengar semua tu. JANGAN HUBUNGI AKU.

Friday, December 19, 2008

AKU JWB TAG JOYAH DEMI ESAH TAPI AKU MMG NAK JWB TAG JOYAH TAPI LAMBAT SIKIT

A. Sesiapa yang kena tag, kena gambarkan 10 perkara berkenaan orang yang men'tag' dia which is Aidah:

1) So many things she want to tell
2) Boleh berbahasa inggeris dengan baik (aku suka dgr dia ckp english)
3) Suka mekap a.k.a melawa dan pakai lipstik kaler gelap (hihi)
4) Cantik
5) Mempunyai anak yg sangat comel
6) Ehem2 (yg ni aku tatau nak tulis ke dak..ala..yg selalu ko pow aku..ekekeke)
7) Suka makan kat steven uptown
8) Baik hati
9) Suka pow kawan dia yg keje MOX makan dekat secret recipe
10) Drive a red viva (1st Viva yg aku penah naik ketika itu).


*****


B. Orang yang kena tag kena tulis tentang dirinya which is me;

1) No longer sensitive like before.
2) Tidak suka bercerita/mengingati tentang hal yg lalu
3) Pemaaf
4) Mudah mengeluarkan air mata
5) Suka tengok wayang dari dvd di rumah
6) Tak suka ke tempat org ramai, cth PC Fair..*pengsan
7) Suka pegi RJ dengan Cik Anon
8) Suka pegi JJ Bukit Tinggi sbb besar
9) Seorg yg suka makan
10) Rabun jauh



*****


C. At the end, you need to choose 10 people to be tagged and list their names.
10??????? Nope..naa-ah..

I would like to tag AKMALIYANA only.

Silakan AKMALIYANA. hehe..

Thursday, December 18, 2008

HEARTY PAWS

Dalam entry sebelum ni aku ada cerita pasal sebuah cerita yg aku tengok lepas balik dari jumpa cik anon. Tajuk dia ni aku google..aku tatau pun apa tajuk dia masa menonton. Nasib baik bila aku google nama Maeum, kuar gamba So-i dengan anjingnya tu.

Cerita ini berkenaan dengan 2 beradik bernama Chan(abang) dan So-i(adik perempuan). Mereka ditinggalkan ibu, so dorg stay la dua beradik.

Aku tengok pun dah tertinggal banyak scene juga, bila aku google, baru aku tahu yg anjing tu, Maeum namanya dicuri abangnya utk bday adiknya(di akhir cerita abang dia mengaku).

Masa aku tgk cerita ni, aku memang nangis gila. Memula aku ingat Maeum yg akan mati sebab dia terjatuh dlm air masa musim sejuk, tapi rupanya So-i yg mati sebab selaput nipis ais tu pecah dan dia jatuh ke dalam air.

Sejak dari hari tu Chan benci tengok Maeum. Maeum terpaksa tdo kat luar masa salji turun, kena sepak. Kesian anjing tu. Tahu je la mata anjing ni boleh buat org rasa kesian dekat dia.

Yang lebih menyayat hati, Chan ke Bushan cari ibu dia, dia nak bitau yg So-i dah mati. Chan tinggalkan Maeum. Tapi Maeum follow dia jugak. Masa Chan naik tren, Maeum cuba follow train tu. Terpaksa berhenti beberapa kali utk makan dan minum.. Akhirnya dia sampai ke Bushan.

Masalah seterusnya ialah bila Maeum tatau di mana Chan. Akhirnya dia ternampak Chan dari jauh dekat locker penyimpanan barang. Rupanya Chan letak beg adik dia dengan lampu picit supaya adik dia yg dah takder tu tak rasa takut sgt. Maeum tak sempat jumpa Chan, tapi Maeum pun tunggu depan locker tu. Ala syiannya dia.

Chan pulak masa tu duk kat umah yg menggunakan kanak2 sebagai peminta sedekah. Kira sindikit (betui ka eja ni cik Bedah?) peminta sedekah yg menggunakan kanak2. Maeum yg akhirnya berjaya jumpa Chan, duk follow je Chan. Tapi bila Chan melawan ketua sindikit tu, Maeum kena pukul dan paling teruk kena belasah oleh anjing ketua sindikit tu. Pastu kena buang dekat tong sampah. Chan sangka anjing dia dah mati. Tapi liat jugak Maeum nak mati.

Yang paling sedih, bila Maeum mula mengalami masalah mata. Dia jadi rabun. Ada katarak kata doktor. Bila Chan demam, dia pergi curik roti utk makan bersama. Yang lagi sedih jugak bila ketua sindikit tu cuba bunuh Chan dengan cubaan melemaskan dia dalam tangki akuarium. Tapi Maeum cuba halang. Maeum tarik paip yg isi air dalam tangki tu. Tapi ketua sindikit tu pukul Maeum..

Di akhir cerita, Maeum akhirnya mati. Uwaaaaaaaa...sedih weh..sedihhhh... esoknya aku bangun mata aku bengkak gila..

Wednesday, December 17, 2008

TERIMA KASIH CIK ANON

Sabtu lepas, dengan di temani Cik Anon, kami telah menonton 2 movie ala-ala movie marathon(hehe..baru 2 movie kan..)..
Jam 4.10 petang kami menonton Los Dan Faun. Hasilnya seperti entry sebelum ini. Memang menarik ceritanya. Kesian Cik Anon sebab seat yg dia duduk tu rosak..suruh pindah dia takmo. Padan mukeeerrr..

Jam 7.20ptg pulak kami nonton The Day The Earth Stood Still. Memandangkan kami ni suka nonton cerita yg ada kaitan dengan Alien, maka kami beranggapan bahawa remake ini menarik dan menakutkan jugak. Same feeling masa aku menonton War Of The World dulu. No one will survive. Tapi dalam TDTESS, 'malaikat maut' nya undestroyable. Its a bug yg boleh duplicate less than sekelip mata and destroy everything within their path. Huhu..imagine we are in their path...innalillah la kawe.

Lepas nonton, kami p makan sat. Hek eleh..apa la cik Anon ni..bwk tempat makan tak best..kehkehkeh..tak selera i. Lepas makan, kami pun pulang ke rumah masing2.

Sampai umah, aku tak terus tdo. Jam 12.30 aku sambung tgk satu cerita kat tv. Nanti aku cerita, cerita apakah itu.

Monday, December 15, 2008

LOS dan FAUN


Memandangkan aku dah pun menonton movie ini, meh aku kongsikan pengalaman, perasaan serta pendapat aku mengenai movie ini.
  • Filem ini sangat menarik. Main plot dia sangat simple, cari jam yg hilang. Walaupun predictable who stole the watch, tapi perjalanan ceritanya sangat menarik. Lain dari filem Malaysia yg lain. Syabas Chief Kodoks.
  • Taruhan Adlin Aman Ramlie sebagai teraju utama amat sesuai. Watak dia yg serius, di mana dalam keseriusan pun boleh mengeluarkan perkataan2 kelakar juga.
  • Hans Isaac biasa sahaja lakonan dan wataknya. Tapi penyeri jugak.
  • Khir Khalid punya dialog memang lawak.
  • Skrip yg sangat sempoi dan sesuai dgn keadaan malaysia hari ni. Jadi tak la nampak pentipu sangat movie ni.
  • Overall, cerita ni lebih bagus dari cerita2 Afdlin Shauki yg lain. I strongly recommend all of you to watch this movie.

"Abg tengok la dulu..saya nak mandi hadas besar dulu"

Saturday, December 13, 2008

DID I MISSED THE TRAIN?

As always i love to godek2 my PC.. and i love Google very much. Always saw iGoogle everytime i open the browser (i set google as my homepage). Then i explore it. Then make my google homepage look like this:

I got To-Do-List, Sticky note, date and time, cute black cat who love cursor very much, jokes, mario games and many more...ada jugak news for my alert and info's, proverb, Einstan Quote.

Oh i love this very much.

Oh???? I missed the train? Dah lama ke ni? hihihi...

Friday, December 12, 2008

MAAF TERLAMBAT

Selamat hari raya Aidil Adha ku ucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat samada yg TELAH pulang ke kg atau hanya beraya di Kuala Lumpur.

Sabtu lepas aku pulang ke kg utk beraya. Aku bertolak dengan abg ipar aku around 3.30, stgh jam sebelum kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Sampai kg kul 10.30 pagi. Tengok2 jugak kalau ada banjir. Kalau ada pun air tak tinggi mana..takat buku lali je. Cuaca pun hujan je. Matahari tak nampak langsung.

Hari Ahad, aku dengan Ma ke Pekan Pasir Puteh. Mau membeli beberapa barang keperluan. Macam biasa la..ikan patin menjadi santapan kami. Yang paling syok, hari Selasa, aku bakar ikan patin dalam daun pisang. Sedapnya lahai. Tambah2 bila ada tetesan lelemak gugur menghentam arang. Carcinogen sungguh.

Isnin, raya. Tengah hari kami buat makan2 sket sbb abg ipar participate dalam pengorbanan lembu. Yang paling aku tak sabar sbb kami dpt kaki lembu. Buat sup gearbox tentu sedap. Tak sabar kau.

Jadinya, hari Selasa..Ma pun buat la sup gearbox tu. Isi bukannya ada sangat. Yang paling syok sedut lemak. Tapi aku takut jugak nak makan lebih2, karang terasa muak. Takpun mula terasa lemak makin menebal pulak melekat pada kulit aku..kehkehkeh..(mula la terasa mau diet). Aku intai2 peti ais, ada lagi blueberry dgn cream cheese. Jadi aku pun membuat Tart Blueberry Bercheese yg aku cedok dari fotopages Hanieliza. Masa memula buat(hari sabtu), Amir (anak sepupu aku) kata sedap walau rupa tak semenggah..hehehe..

Rabu, lepas zohor..aku pun bertolak ke KL semula dgn sepupu aku. Kali ni aku tdo sekali je. Tu pun tak lama. Lepas tu aku dah tak tdo2 dah sampai la ke KL. Selamat sampai ke kl jam 9.30 malam.

Begitu lah cerita percutian saya. Raya cina ni nak balik nak drive sendiri.