Somewhere beyond the sea, somewhere waiting for me, my lover stands on golden sands and watches the ships that go sailing..
Monday, December 22, 2008
HP KU MASIH BOLEH DISELAMATKAN KOT
p/s Tersedih seketika semalam, since i feel handicap, then call a friend of mine USING PUBLIC PHONE yg aku dah lama tak guna that buat hati aku tercalar sikit. But its ok. Aku faham situasinya. Tapi tercalar jugak hati ni. I dont expect any sorry or thanks sebab aku tak nak dengar semua tu. JANGAN HUBUNGI AKU.
Friday, December 19, 2008
AKU JWB TAG JOYAH DEMI ESAH TAPI AKU MMG NAK JWB TAG JOYAH TAPI LAMBAT SIKIT
1) So many things she want to tell
2) Boleh berbahasa inggeris dengan baik (aku suka dgr dia ckp english)
3) Suka mekap a.k.a melawa dan pakai lipstik kaler gelap (hihi)
4) Cantik
5) Mempunyai anak yg sangat comel
6) Ehem2 (yg ni aku tatau nak tulis ke dak..ala..yg selalu ko pow aku..ekekeke)
7) Suka makan kat steven uptown
8) Baik hati
9) Suka pow kawan dia yg keje MOX makan dekat secret recipe
10) Drive a red viva (1st Viva yg aku penah naik ketika itu).
*****
B. Orang yang kena tag kena tulis tentang dirinya which is me;
1) No longer sensitive like before.
2) Tidak suka bercerita/mengingati tentang hal yg lalu
3) Pemaaf
4) Mudah mengeluarkan air mata
5) Suka tengok wayang dari dvd di rumah
6) Tak suka ke tempat org ramai, cth PC Fair..*pengsan
7) Suka pegi RJ dengan Cik Anon
8) Suka pegi JJ Bukit Tinggi sbb besar
9) Seorg yg suka makan
10) Rabun jauh
*****
C. At the end, you need to choose 10 people to be tagged and list their names.
10??????? Nope..naa-ah..
I would like to tag AKMALIYANA only.
Silakan AKMALIYANA. hehe..
Thursday, December 18, 2008
HEARTY PAWS
Cerita ini berkenaan dengan 2 beradik bernama Chan(abang) dan So-i(adik perempuan). Mereka ditinggalkan ibu, so dorg stay la dua beradik.
Aku tengok pun dah tertinggal banyak scene juga, bila aku google, baru aku tahu yg anjing tu, Maeum namanya dicuri abangnya utk bday adiknya(di akhir cerita abang dia mengaku).
Masa aku tgk cerita ni, aku memang nangis gila. Memula aku ingat Maeum yg akan mati sebab dia terjatuh dlm air masa musim sejuk, tapi rupanya So-i yg mati sebab selaput nipis ais tu pecah dan dia jatuh ke dalam air.
Sejak dari hari tu Chan benci tengok Maeum. Maeum terpaksa tdo kat luar masa salji turun, kena sepak. Kesian anjing tu. Tahu je la mata anjing ni boleh buat org rasa kesian dekat dia.
Yang lebih menyayat hati, Chan ke Bushan cari ibu dia, dia nak bitau yg So-i dah mati. Chan tinggalkan Maeum. Tapi Maeum follow dia jugak. Masa Chan naik tren, Maeum cuba follow train tu. Terpaksa berhenti beberapa kali utk makan dan minum.. Akhirnya dia sampai ke Bushan.
Masalah seterusnya ialah bila Maeum tatau di mana Chan. Akhirnya dia ternampak Chan dari jauh dekat locker penyimpanan barang. Rupanya Chan letak beg adik dia dengan lampu picit supaya adik dia yg dah takder tu tak rasa takut sgt. Maeum tak sempat jumpa Chan, tapi Maeum pun tunggu depan locker tu. Ala syiannya dia.
Chan pulak masa tu duk kat umah yg menggunakan kanak2 sebagai peminta sedekah. Kira sindikit (betui ka eja ni cik Bedah?) peminta sedekah yg menggunakan kanak2. Maeum yg akhirnya berjaya jumpa Chan, duk follow je Chan. Tapi bila Chan melawan ketua sindikit tu, Maeum kena pukul dan paling teruk kena belasah oleh anjing ketua sindikit tu. Pastu kena buang dekat tong sampah. Chan sangka anjing dia dah mati. Tapi liat jugak Maeum nak mati.
Yang paling sedih, bila Maeum mula mengalami masalah mata. Dia jadi rabun. Ada katarak kata doktor. Bila Chan demam, dia pergi curik roti utk makan bersama. Yang lagi sedih jugak bila ketua sindikit tu cuba bunuh Chan dengan cubaan melemaskan dia dalam tangki akuarium. Tapi Maeum cuba halang. Maeum tarik paip yg isi air dalam tangki tu. Tapi ketua sindikit tu pukul Maeum..
Di akhir cerita, Maeum akhirnya mati. Uwaaaaaaaa...sedih weh..sedihhhh... esoknya aku bangun mata aku bengkak gila..
Wednesday, December 17, 2008
TERIMA KASIH CIK ANON
Jam 4.10 petang kami menonton Los Dan Faun. Hasilnya seperti entry sebelum ini. Memang menarik ceritanya. Kesian Cik Anon sebab seat yg dia duduk tu rosak..suruh pindah dia takmo. Padan mukeeerrr..
Jam 7.20ptg pulak kami nonton The Day The Earth Stood Still. Memandangkan kami ni suka nonton cerita yg ada kaitan dengan Alien, maka kami beranggapan bahawa remake ini menarik dan menakutkan jugak. Same feeling masa aku menonton War Of The World dulu. No one will survive. Tapi dalam TDTESS, 'malaikat maut' nya undestroyable. Its a bug yg boleh duplicate less than sekelip mata and destroy everything within their path. Huhu..imagine we are in their path...innalillah la kawe.
Lepas nonton, kami p makan sat. Hek eleh..apa la cik Anon ni..bwk tempat makan tak best..kehkehkeh..tak selera i. Lepas makan, kami pun pulang ke rumah masing2.
Sampai umah, aku tak terus tdo. Jam 12.30 aku sambung tgk satu cerita kat tv. Nanti aku cerita, cerita apakah itu.
Monday, December 15, 2008
LOS dan FAUN
- Filem ini sangat menarik. Main plot dia sangat simple, cari jam yg hilang. Walaupun predictable who stole the watch, tapi perjalanan ceritanya sangat menarik. Lain dari filem Malaysia yg lain. Syabas Chief Kodoks.
- Taruhan Adlin Aman Ramlie sebagai teraju utama amat sesuai. Watak dia yg serius, di mana dalam keseriusan pun boleh mengeluarkan perkataan2 kelakar juga.
- Hans Isaac biasa sahaja lakonan dan wataknya. Tapi penyeri jugak.
- Khir Khalid punya dialog memang lawak.
- Skrip yg sangat sempoi dan sesuai dgn keadaan malaysia hari ni. Jadi tak la nampak pentipu sangat movie ni.
- Overall, cerita ni lebih bagus dari cerita2 Afdlin Shauki yg lain. I strongly recommend all of you to watch this movie.
"Abg tengok la dulu..saya nak mandi hadas besar dulu"
Saturday, December 13, 2008
DID I MISSED THE TRAIN?
I got To-Do-List, Sticky note, date and time, cute black cat who love cursor very much, jokes, mario games and many more...ada jugak news for my alert and info's, proverb, Einstan Quote.
Oh i love this very much.
Oh???? I missed the train? Dah lama ke ni? hihihi...
Friday, December 12, 2008
MAAF TERLAMBAT
Sabtu lepas aku pulang ke kg utk beraya. Aku bertolak dengan abg ipar aku around 3.30, stgh jam sebelum kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Sampai kg kul 10.30 pagi. Tengok2 jugak kalau ada banjir. Kalau ada pun air tak tinggi mana..takat buku lali je. Cuaca pun hujan je. Matahari tak nampak langsung.
Hari Ahad, aku dengan Ma ke Pekan Pasir Puteh. Mau membeli beberapa barang keperluan. Macam biasa la..ikan patin menjadi santapan kami. Yang paling syok, hari Selasa, aku bakar ikan patin dalam daun pisang. Sedapnya lahai. Tambah2 bila ada tetesan lelemak gugur menghentam arang. Carcinogen sungguh.
Isnin, raya. Tengah hari kami buat makan2 sket sbb abg ipar participate dalam pengorbanan lembu. Yang paling aku tak sabar sbb kami dpt kaki lembu. Buat sup gearbox tentu sedap. Tak sabar kau.
Jadinya, hari Selasa..Ma pun buat la sup gearbox tu. Isi bukannya ada sangat. Yang paling syok sedut lemak. Tapi aku takut jugak nak makan lebih2, karang terasa muak. Takpun mula terasa lemak makin menebal pulak melekat pada kulit aku..kehkehkeh..(mula la terasa mau diet). Aku intai2 peti ais, ada lagi blueberry dgn cream cheese. Jadi aku pun membuat Tart Blueberry Bercheese yg aku cedok dari fotopages Hanieliza. Masa memula buat(hari sabtu), Amir (anak sepupu aku) kata sedap walau rupa tak semenggah..hehehe..
Rabu, lepas zohor..aku pun bertolak ke KL semula dgn sepupu aku. Kali ni aku tdo sekali je. Tu pun tak lama. Lepas tu aku dah tak tdo2 dah sampai la ke KL. Selamat sampai ke kl jam 9.30 malam.
Begitu lah cerita percutian saya. Raya cina ni nak balik nak drive sendiri.
Sunday, November 30, 2008
BERJUMPA AIDAH, ZENO AND TAIKO
THE PASSION OVER RUM
How do i spend my time last night? I went to a club by invitation from a 'otai' friend. We went to Passion located next to Padi Restaurant which is next to Rum Jungle. Its a VIP room covered with glasses all over the room with boring-LCD-showcase and comfy sofa. Since its only us, we hope for a karaoke set at least, but then, nothing more to do. Mcm perbincangan mafia with hot chicks(not that i'm one of the hot one..hihi). To spend time, we learned to shuffle and lompat bintang and the not forgetting 'our thing' like mr.advisor said, very MK.
Come to compare Passion with Rum Jungle, Rum Jungle is the winner. The toilet, the environment and the music, even though in Passion we got our own room but that's just it. But its a nice experience and a very big thankful for 'otai'.
Friday, November 28, 2008
SUDUT TEMUJANJI
The appointment is schedule at 9.30pm dekat Uptown Damansara Utama. Tempat pertemuan paling afdal utk kami selain One Utama. Kali ni kita jumpa-jumpa dulu la, next time we plan for a movie ok..Zeno and Taiko might join us.
I was thinking earlier, since my office like 10 minutes away (without traffic congested of course) i might just come and wait for them dekat starbucks ke old town ke..and i decided to wait for them until 9.30pm at Starbucks and caramel hot chocolate. Ahhh..syoknya..and listen to Perangkap Cinta. Wah sadis. Nak nangis la..
SEJUTA KEMAAFAN KEPADA SI DIA
Instead of marahkan diri sendiri, aku marahkan org lain, well actually aku pun salah jugak tapi tu la..
So i just wanted to say I am so sorry, very very sorry kepada awak..I am already forgiven but what had happened berlegar lagi dalam kepala ni sebab aku rasa sangat menyesal berbuat begitu. I promise, it wont happen again.
p/s thank yer awak for the jam...sangat suka walaupun memula like "what??? pink? Im gelap ok.." hehe...
Thursday, November 27, 2008
PERANGKAP CINTA
Well..check this out for you who still believe that the song belong to that banduan; its actually composed by someone by the name Ayie..i guess from Singapore. So apparently the banduan story bunuh awek dan kekasih lama aweknya buat lagu sebelum ke tali gantung adalah tidak benar sama sekali. Misteri solve.
Actually the banduan story tu berjaya emerge lagu ni ke seantero dunia maybe. Ye la, kalau dah Saleem nyanyikan lagu ni dan mengutip populariti lagu ni..kira berjaya jugak la that kid...u guys should google youtube for this song and anda akan ketemu original video made by Ayie & Berd. Nice song kids. Suit dgn cerita banduan tu. Buat I menitik air mata terasa syahdu ok. Suaranya sgt sesuai dgn lagu syahdu itu akan tetapi suara Saleem tak sesuai. Tak syahdu, dan tak sedih..kikikiki
Wednesday, November 26, 2008
WHEN SHE SAY STOP
Monday, November 24, 2008
WHEN PEOPLE TALKING ABOUT YOU THAT AINT TRUE
MAD-A-GAS-CAR: ESCAPE TO SUNWAY PYRAMID
YUEN STEAMBOAT
Yang penting, aku kenyang dan kami puas hati. Thank you sedara!
Sunday, November 23, 2008
YOU HAVE A TIRING YET FUN DAY
Memulakan perjalanan ke Pantai Remis sekitar jam 1 lebih setelah melantak pizza di Jalan Taiping Klang (kat Klang pun ada taiping, agak2 aku rindu Mastura, aku dtg sini je la...), sampai
ke Pantai Remis, aku dah lost time dah, tak ingat pun kul berapa sampai sebab aku tdo lam keta..hahahahah...
Singgah sana, berkenalan dgn mentarang (bukan mentaram yer adik2)..dan mengambil beberapa gamba syok sendiri, org kata kerang bakar situ sedap..so try la. Mana tak sedapnya, depa bakaq atas arang bukan mcm kat kl nu, bakar a.k.a goreng atas periuk burger.
Destinasi seterusnya ialah Shah Alam. Konon la dibawa ke Bukit Cerakah..tapi haramjadah, dia tutup kul 4.30 sedangkan sampai sana jam 4.50ptg. Padan muka. Sempat la amik gamba syok sendiri walaupun kat parking sambil mengutuk sorg pakwe dan awek tu..depa mcm baru berkenalan je..tak mesra..malah i think mereka mesti jeles tgk kami..kikikiki
Selepas tu gerak ke Plaza Alam Sentral, Shah Alam. First time ni sampai alam sentral dan kawasan sekitar. Lagi first time lepak kedai mamak nama dia Syed Bistro.
Aku sebenarnya kagum dgn Syed ni. Very hi-tech wa cakap lu. Order pun pakai wireless. Sini mmg di beri percuma wireless. Pastu kan..yg aku kagum lagi..kat bandar shah alam ni pun ada wireless percuma...tajuk dia wireless shah alam. Kagum kagum..menarik jugak shah alam ni yer..Pindah shah alam syok jugak kan..kikikikiki..
Saturday, November 22, 2008
YOU HAVE TASTY MEAL
Choose a nice table, then browse to their menu. Im not sure before this got this menu or not..but why not i try. So i order bread with chicken curry with Spirulina Orange Juice.
The chicken curry was damn good. The potato was fresh. But the chicken not really la sbb mcm chicken tu frozen punya. So the taste a bit turn off la. The gravy so tasty. Try it.
Friday, November 21, 2008
YOU HAVE TRAGEDY
Thursday, November 20, 2008
YOU HAVE FRIEND REQUEST
How often do you get friend request. What u normally do? Do u straight away approve the request or you take your sweet time like me? Unless its someone i already know, i will directly approve though its depend on the avatar. If the avatar is not yourself and your name is not recognise by my RAM, then i will take my sweet time to approve.
Its become a habit for me to click at friend in common when i receive the request. You know, to see who know who, like the exibit above. I know Maikel and Lynda. So, i make early conclusion that Irwan Alavy is in which community. But MK community have few members who registered with . If he's from MK, cannot be just this two. So what i do next is send him a message. From this I will exactly know how he find me. Of course, if he reply my message.
Conclusion, he dont know what MK is.. ;D
Tuesday, November 18, 2008
JJ AU2 COMING
Setiap hari aku tengok JJ ni yang bakal di buka entah bila. Aku budjet maybe early December. So im saving my voucher for this new JJ. Mesti stock baru kan.
Pagi tadi tengok dorg dah start masuk keje. Kalau tak December, mesti January. Mesti punya la. Tak sabar rasanya. Jalan kaki boleh sampai.
AKU TERPANA DAN TERSENYUM SAYANG
Lokasi Pengirim: Ube, Jepun
Nama Penerima: Ibu Abah (Atmawati Ahmad, Abd Aziz Muda), adik beradik (Azrinoor, Afifi Iqbal, Aura Izzati, Asmani Mad Nor), saudara mara, rakan-rakan, guru-guru, dan seluruh rakyat Malaysia.
Lokasi Penerima: Ampang, Kelantan, Terengganu, dan seluruh dunia.
Ucapan: Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada ibu abah, dan seluruh ahli keluarga. Tidak lupa juga kepada guru-guru di SMK Taman Kosas, Pusat Tusyen Malik Kamaruddin, dan Ambang Asuhan Jepun. Tidak lupa kepada sahabat-sahabat di Malaysia dan serata dunia. Salah silap saya harap dimaafi.
Pengenalan Gambar: Taman Tasik Tokiwa, Ube Kota Keriangan, Jepun.
http://utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=salam_perantauan2008&pub=salam_perantauan2008&y=2008&dt=1009&sec=Album&pg=akmaliyanaazizubejepun.html
+++++
Aku terpana..
Dan aku senyum..
Aku bahagia sekali...
Aku rindu sangat-sangat dengan Esah..
Bila kau nak pulang...
Kita akan ke Malis dan lepak di sana.
Kau buat lawak dan aku gelak...
Mungkin kita akan makan kerang lagi dan aku kopekkan utk kau..
+++++
Thanks Esah for early b'day wish. Aku nak kau tahu yg kau sentiasa dlm hati aku. Masa aku jalan-jalan kat Danau Kota, tetiba aku teringat kau. Lalu aku sms kau. Deting la pulak..ekekeke..
Monday, November 17, 2008
BAWANG KECIK???
Sunday, November 16, 2008
AL-KISAH MELODI
Michelle Melodi, i think Memey tak perlu la muncul di khalayak ramai. Beliau muda, tersilap langkah tu. Tapi yg perlu dia lakukan ialah memohon maaf kepada Abby. Tak perlu mintak maaf kepada masyarakat, dia tak buat salah pada masyarakat. Bagi la peluang mereka menyelesaikan kemelut ini tanpa pressure dari wartawan (hahaha, as if any reporter read my blog)
Syok jugak ada Nabil dlm melodi ni. Punya la lama aku tak nonton Melodi.....Ok la sekian coretan di hujung minggu,
Monday, November 10, 2008
NO PAIN NO PAINTBALL
Terima kasih di ucapkan kepala sedari Redthorne kerana membantu saya mencari Taman Harmonis. Kalau ikut MRR2 masuk Sri Gombak lg senang sayangku, sebab stret je. Senang nak carik sebenarnya.
Rimba Harmonis ni totally mcm dalam hutan. So takder la nampak bunker yg colorful tu kan. Nak masuk ke sana pun kemain becak. Sementelah musim hujan kan. Masa parking tu I was asking myself, where the hell is this Rimba Harmonis sbb tak nampak entrance dia. Cuma nampak space parking. Then nasib baik, ada beberapa rakan tetiba muncul. Scary jugak nak turun. Boleh tergolek ke bawah.
Friday, November 07, 2008
A TAG FROM ALINA
~ Jeans and blouse sopan yg berbutton yg button dia senang terbukak..
2. What did you do last night?
~ Watch Puaka Niyang Rapik @ TV3. Banyak betul hantu. Ada toyol, ada hantu tumpang moto. Pengarah dia Ahmad Idham. Terlalu awal utk ckp samada siri ni boleh kalahkah Kekasihku Seru atau tidak, tapi kita tgk dulu.
3. Favorite Memory with significant other?
~ None
4. Last gift received?
~ Tak boleh ingat yg mana satu yg last. But since my bday is coming like 11 days, ku tunggu jugak what i will get. Dengar2 my Brothers throwing me a pool party. Kehkehkeh.
5. Describe the last picture you were in?
~ Having fun with One-Shade-3-Models.
~ Mini Poppers for breakfast.
7. Last thing you drank?
~ Sunkist orange juice.
8. What kind of underwear are you wearing?
~ Not wearing one. Thehehehe
9. What was your best vacation?
~ Yesterday i received call from a company yg konon offer me voucher for vacation. I told them I tak suka bercuti..kehkehkeh..best vacation is balik kg.
10. What are you most looking forward to in the next vacation?
~ Not thinking about it.
11. What is happening around you?
~ silent morning, one people go to photocopy machine, a sound of distance people talking and boss coming in with his nice shoe where everybody kena bukak kasut.
12. What is your shoe size?
~ 5 sometimes 4. Kehkehkeh.
13. Last event you dressed up for?
~ Aleeza's party.
14. What is the most cheap thing you bought?
~ How much is cheap?
15. What is the most expensive thing you have on right now?
~ Wrist watch. Takkan jam dinding kan.
16. What is your favorite smell?
~ Smell of tangan yg baru lepas pegang rokok coz so masculine, smell of afterbath, smell of foodie.
17. Is there something you really want to buy right now?
~ Im planning to do some shopping. But not really2 have to buy.
18. What are your nicknames?
~ Isis, Intanmahsuri..penah guna nama Pensil2B in one forum.
19. What are your plans for today?
~ Im still thinking either watch Anugerah Skrin or pergi jusco after work utk tukar jusco voucher and redeem points and get my Bday Voucher.
20. Describe your friendster picture.
~ I think a forum logo created by Fazzal..
21. Describe your myspace picture.
~ Deleted already.
22. Describe your facebook picture.
~ A photo taken at Annual Dinner.
23. What did you do last weekend?
~ Hang out. Hehehehehe..
24. Favorite brand of clothes?
~ Anything can do.
25. What is your ringtone?
~ Inuyasha (Change The World). Inuyasha ni anime.
Tuesday, November 04, 2008
A THOUGHT ABOUT GUYS
"Guys think using his head (not that head, another one)"
eh!! dua je???
LAPORAN TRAFIK
Di sini saya mempunyai satu cadangan kalau anda menginginkan laporan trafik yg lebih masyuk. Mungkin anda sudah menjadi pendengar setia stesen (betulkan ejaan BM nya sebegini) radio yg bakal saya sebutkan, tapi bagi yg belum saya cadangkan berbuat demikian serta merta kerana info yg diberi memang bagus, terkini dan merangkumi hampir kesemua jalan-jalan di lembah kelang ini.
Stesen radio tersebut ialah KL FM..kehkehkeh..(mesti ada yg ckp, lahai I dah lama la dgr KL FM, takpe...yg mana dah lama bagus la. Yang baru2 nak dgr, boleh la praktis dengar). Anda boleh dengarkan KL FM di frekuensi 97.2o.